CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Kedah] ‘Toreh getah dapat RM10, kos rawatan anak RM800’

[Copy link]
Post time 3-10-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode

BAKAR Taib (kiri) dan isterinya, Hamtiah Chik di sisi anak mereka, Hasrolnizan yang menderita kanser otak tahap empat di rumah mereka di Kampung Bukit, Kuala Kuang, Kupang, Baling. – FOTO/NORLIA RAMLI


BALING: “Saya cuma bergantung bantuan anak-anak kerana hasil menoreh getah hanya RM10 sehari.

“Itupun jika boleh menoreh tetapi perbelanjaan perubatan, susu khas, lampin pakai buang anak sakit dan kos ulang alik ke hospital lebih RM800 sebulan.”

Demikian rintih warga emas, Bakar Taib, 63, dan pasangannya Hamtiah Chik, 72, untuk menjaga anak mereka, Hasrolnizan, 38, yang terlantar sejak awal tahun setelah disahkan menghidap pe­nyakit kanser otak tahap empat.

Ceritanya, walaupun kadang-kadang keluar menoreh di kebun yang hanya seluas 0.144 hektar, dia tidak boleh memberi tumpuan penuh kepada kerja kerana khuatir dengan masalah anaknya yang berada di rumah bersama isteri yang ada masalah pendengaran.

“Jika keadaan Hasrolnizan agak baik dan cuaca elok, saya berani tinggalkannya untuk pergi menoreh, itupun hanya tiga jam. Saya bimbang jika sesuatu berlaku kepada anak, tiada siapa yang dapat menolongnya apatah lagi isteri tidak dengar.

“Memang saya kini berdepan kesukaran terutama dari segi kewangan, kerana hasil menoreh getah kini tidak seberapa ditambah dengan harga lantai yang rendah dan faktor hujan yang menyebabkan saya tidak boleh keluar menoreh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Bukit, Kuala Kuang, Kupang, di sini semalam.

Bakar yang juga bapa kepa­da tiga cahaya mata berkata, Hasrolnizan sudah bercerai de­ngan isterinya dan mempunyai dua anak lelaki masing-masing berusia 16 dan 14 tahun yang kini tinggal di asrama sekolah.

“Sebelum disahkan menghidap kanser otak, dia mengalami sakit kepala yang agak serius sebelum pengsan, matanya menjadi kelabu dan tidak nampak jelas keadaan di sekelilingnya. Badannya menjadi keras, sejuk bahagian kaki dan tangan seolah-olah sedang nazak,” katanya.

Menurutnya, selepas dibawa ke Hospital Daerah Baling, Hasrolnizan terpaksa dirujuk ke Hospital Daerah Kulim dan seterusnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut dan pembedahan segara di kepalanya.

“Selepas pembedahan, dia dirawat selama dua bulan untuk pemantauan kerana keadaanya agak serius, tahap kesembuhannya hanya 50-50 peratus sahaja ketika itu. Kami bawanya pulang dan berulang-alik ke Pulau Pinang untuk rawatan kimote­rapi, namun keadaannya masih tidak berubah melainkan hanya terlantar dan hilang ingatan serta penglihatan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga itu boleh meng­hubungi Bakar melalui talian 011-10502958 atau menyampaikan sumbangan terus ke akaun Bank Rakyat miliknya, 22-004-141923-4. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... rawatan-anak-rm800/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.527732 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list