CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Serah kepada pimpinan tertinggi PH jika PRU15 tahun ini'

[Copy link]
Post time 3-10-2022 08:10 PM | Show all posts |Read mode
'Serah kepada pimpinan tertinggi PH jika PRU15 tahun ini'

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI03 Oktober 2022 04:25pm






Chow Kon Yeow




GEORGETOWN - Pulau Pinang akan menyerahkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) untuk memutuskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Parlimen dibubarkan pada tahun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sebarang keputusan akan tertakluk apabila pembubaran Parlimen kelak yang mana, sekiranya Parlimen dibubarkan tahun hadapan, maka isu berkaitan tidak akan timbul.

"Sekiranya Parlimen dibubarkan tidak lama lagi, maka kita perlu merujuk perkara itu kepada pucuk pimpinan PH untuk keputusan muktamad, sama ada mengadakan pilihan raya serentak atau sebaliknya.

"Ini kerana beberapa negeri, termasuk Pulau Pinang, telah menyatakan bahawa kita tidak akan membubarkan DUN jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada musim tengkujuh," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di Komtar di sini pada Isnin.

Kon Yeow berkata demikian ketika menjawab soalan media sama ada Pulau Pinang akan mengkaji semula keputusan awalnya untuk tidak membubarkan DUN jika PRU15 diadakan ketika musim tengkujuh berikutan ia akan menyebabkan kos yang tinggi jika pilihan raya itu diadakan secara berasingan.

Sebelum ini, Kon Yeow menyatakan, kemungkinan kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN sekiranya PRU15 diadakan pada musim monsun.

Beliau berkata, ini kerana musim monsun amat berisiko serta berbahaya kepada pengundi memandangkan diramalkan berlaku hujan lebat dan banjir ketika itu.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, rundingan untuk pembahagian kerusi bagi PH di peringkat negeri akan diadakan bermula Rabu ini.




"Saya percaya di peringkat Pusat sudah berlangsung, wakil DAP diberi mandat untuk berunding, kenyataan Rafizi mungkin merujuk kepada kerusi-kerusi Parlimen. Bagi kerusi-kerusi negeri, pihak PH Pulau Pinang akan mula akan mula rundingan pada Rabu ini.

"Keadaan masih kekal seperti sedia ada cuma dari segi calon, ia akan tertakluk kepada perbincangan lanjut dan kerusi yang akan dipertandingkan," katanya.

Pada Ahad, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Rafizi Ramli mengesahkan pembahagian kerusi bagi PRU15 bagi PH Psudah selesai dan akan dibawa ke Majlis Presiden PH pada Rabu ini.

Rafizi berkata, sehingga kini, semua negeri sudah selesai kecuali Kedah dan Sabah namun dijangka akan dapat diselesaikan menjelang Rabu ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa pembangkang tidak bersetuju untuk mengadakan PRU15 pada tahun ini kerana tidak bersedia, Kon Yeow berkata, DAP tidak boleh bersedia 100 peratus ketika ini.

Beliau berkata, ini kerana terdapat isu yang perlu dimuktamadkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059911 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list