View: 2900|Reply: 0
|
The Sound of Music versi 17 anak Malaysia
[Copy link]
|
|
ANTARA pelakon cilik tanah air yang terlibat dalam The Sound of Music.
The Sound of Music versi 17 anak Malaysia
PEMENTASAN muzikal paling digemari di dunia, The Sound of Music kini menemui peminat tempatan di Kuala Lumpur buat pertama kalinya apabila akan dipentaskan di Istana Budaya pada 27 Disember depan.
Menariknya, teater yang dihasilkan oleh produksi Broadway berkenaan menyaksikan seramai 17 orang pelakon kanak-kanak dari seluruh pelosok negara terpilih membintangi naskhah tersebut.
Bakat kesemua pelakon cilik itu dipilih sendiri oleh anggota pasukan kreatif Broadway, Anthony C. Daniel, James Gray dan Nate Patten yang berkunjung ke Dominus Arts Venue, Wangsa Maju di ibu kota sekitar Jun lalu sewaktu sesi uji bakat.
BARISAN 17 pelakon cilik yang akan menyertai pementasan muzikal The Sound of Music di Istana Budaya pada Disember depan. – RAIN PERFECT PHOTOGRAPHY & VIDEOGRAPHY
Kesemua bakat cilik itu terdiri dari mereka yang berusia enam hingga 14 tahun yang akan membuat persembahan pada musim seterusnya di negara ini pada Disember nanti.
17 pelakon cilik itu akan memegang watak enam orang anak kecil dalam keluarga Kapten Von Trapp iaitu Gretl, Friedrich, Kurt, Marta, Brigitta dan Louisa secara bergilir-gilir mengikut waktu pementasan kelak.
Jelajah antarabangsa The Sound of Music diarahkan oleh penerima tiga kali Tony Award yang juga veteran Broadway iaitu Jack O’Brien.
Sementara koreografi pula dikendalikan oleh Danny Mefford dan Andy Einhorn selaku pemantau muzik.
Pementasan berkenaan dipersembahkan dengan susunan khas oleh Concord Theatricals dan NETWorks Presentations dengan muzik oleh Richard Rodgers, lirik Oscar Hammerstein II.
COMEL. Tiga pelakon kanak-kanak berbakat yang berjaya terpilih membintangi The Sound of Music.
Kekal popular
The Sound of Music merupakan kisah yang cukup menyentuh hati dan mengandungi beberapa buah lagu yang tidak dapat dilupakan dan pernah dipersembahkan menerusi banyak teater muzikal.
Antaranya My Favourite Things, Do-Re-Mi, Climb Ev’ry Mountain, Edelweiss, The Lonely Goatherd, Sixteen Going on Seventeen dan semestinya The Sound of Music.
Sebagai salah sebuah muzikal paling digemari di dunia, The Sound of Music yang dihasilkan pada 1959 pernah memenangi lima Tony Awards termasuklah kategori Muzikal Terbaik.
Pencapaian tersebut menjadi pencapaian terbesar bagi Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein yang bertanggungjawab sebagai komposer dan penulis lirik.
Bahkan, naskhah yang diterjemahkan dalam bentuk filem muzikal, The Sound of Music pada 1965 lakonan Julie Andrews memenangi lima anugerah Oscar termasuklah, Visual Terbaik.
Sehingga kini, naskhah berkenaan kekal menjadi salah satu filem paling popular sepanjang zaman.
The Sound of Music dihasilkan Broadway International Group dan dipersembahkan di Malaysia oleh Base Entertainment Asia.
SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... i-17-anak-malaysia/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|