CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Pulau Pinang] Berita tular penculikan kanak-kanak, jual organ tidak berasas

[Copy link]
Post time 4-10-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Polis menyifatkan berita membabitkan penculikan kanak-kanak dan penjualan organ manusia yang tular di media sosial pada masa ini sebagai tidak berasas dan sengaja menimbulkan kegusaran pihak tertentu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kebanyakan kes didakwa itu didapati tidak benar dan tidak pasti tujuan ia diadakan.

"Berita (tular) di media sosial mengenai penculikan kanak-kanak dan (penjualan) organ manusia didapati tidak benar dan tidak pasti tujuan ia diadakan.

"Kecuali kes yang berlaku di Genting Highlands itu yang masih dalam perbicaraan, suspek sudah dituduh dan biarlah mahkamah yang menentukan kesahihannya," katanya pada sidang media hari ini.


Terdahulu Acryl Sani ditemui ketika menghadiri Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke-75 di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Batu Uban di sini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim.

Pada majlis itu diadakan perbarisan, penyampaian sijil penghargaan dan'Fleet Review' kapal dan bot ronda di jeti.

Mengulas lanjut Acryl berkata polis menyeru rakyat Malaysia khususnya ibu bapa bagi menjaga keselamatan anak mereka.

"Menjaga keselamatan memang digalakkan dan ia menunjukkan keprihatinan masyarakat semakin meningkat.

"Namun jangan sampai kita terbabit menyebarkan berita tidak benar yang boleh menggugat keamanan," katanya.

Dalam ucapannya, Acryl Sani berkata, dari Januari hingga Ogos 2021, sebanyak 4,463 kes membabitkan kesalahan penyeludupan kontraban, migran, khazanah negara dan dadah berjaya dikesan oleh PPM seluruh negara dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM247 juta.

"Bagi tempoh sama pada tahun 2022 pula, sebanyak 5,103 kes direkodkan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM292.6 juta.

"Jelasnya, peningkatan jumlah kes serta nilai rampasan bagi tempoh kajian ini membuktikan bahawa tindakan proaktif PPM membuahkan hasil," katanya.

Menurut Acryl Sani lagi, PPM Wilayah turut mengalami pembaharuan serta pembangunan fizikal dan bukan fizikal yang atau sedang dibangunkan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memeriksa kawalan kehormatan Pasukan Polis Marin sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Markas Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban. - Foto NSTP/Danial Saad
https://www.bharian.com.my/berit ... organ-tidak-berasas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.548797 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list