View: 323|Reply: 0
|
[Kedah]
Tiga lelaki ditahan ubah suai tangki minyak bot
[Copy link]
|
|

TIGA lelaki yang ditahan Maritim Malaysia Zon Kuala Kedah selepas mengubah suai tangki minyak sebuah bot di Kuala Kuar berhampiran Kuala Kedah, Alor Setar.
ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah menahan sebuah bot pukat kelas C bersama tiga lelaki tempatan selepas dipercayai melakukan pengubahsuaian tangki minyak bot berkenaan.
Ketiga-tiga mereka yang berusia 22 hingga 58 tahun ditahan bersama bot berkenaan di kedudukan empat batu nautika barat Kuala Kuar berhampiran Kuala Kedah di sini, pada pukul 2.30 pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, bot nelayan tempatan terbabit ditahan ketika sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan.
“Mereka dihampiri bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Aman di perairan Kedah. Ketika pemeriksaan ke atas bot berkenaan, terdapat satu ruang asing yang dibuat di bawah rumah bot dan ditutupi dengan kayu papan lapis.
“Anggota penguat kuasa kemudian bertindak membongkar kayu papan tersebut dan menemukan dua tangki minyak yang telah diubah suai dan mengesyaki bot berkenaan terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan bersama bot terbabit sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen seperti yang ditetapkan di dalam buku lesen yan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Pengusaha bot nelayan tempatan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukan.
“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara, sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -tangki-minyak-bot/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|