CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tujuh individu beri keterangan kes rebut anak

[Copy link]
Post time 5-10-2022 02:49 PM | Show all posts |Read mode

PASANGAN warga emas menunjukkan kecederaan dialami ketika cuba menyelamatkan cucu daripada dibawa lari. FOTO Danial Saad.

Kepala Batas: Polis sudah selesai merakam keterangan keluarga di kedua-dua belah pihak berhubung kes perebutan anak sehingga tular di media sosial Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, kertas siasatan kes itu dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kita sudah selesai ambil keterangan tujuh individu dalam kes ini membabitkan kanak-kanak itu sendiri (mangsa), ibunya, adik lelaki (pakcik mangsa), nenek (sebelah ibu) dan pemandu mereka.



"Pada masa sama, kita turut selesai mengambil keterangan datuk dan nenek mangsa (sebelah bapa) untuk tindakan selanjutnya.

"Ketika ini mangsa (kanak-kanak) berada di Selangor bersama ibunya. Soal hak jagaan anak pula masih di peringkat perbicaraan di mahkamah," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dibawa lari ibunya di hadapan sebuah sekolah, di sini hingga rata-rata individu menyangkakan ia adalah kes culik.

Polis kemudian mengesahkan bahawa ia bukan insiden penculikan sebaliknya kes perebutan anak.

Dua video mengenai kejadian itu tular di media sosial menunjukkan seorang wanita tersembam atas jalan ketika mahu mendapatkan kanak-kanak berkenaan, manakala satu lagi video menunjukkan seorang lelaki berlari ke arah kereta yang mengambil kanak-kanak itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngan-kes-rebut-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 03:41 PM | Show all posts
apa benda ni.. byk sgt kajian kena buat ni... berkait2

scam rumah dgn kejadian culik budak nih.. aduh

ibu dia, datok seri siti atiqah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.204667 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list