View: 342|Reply: 0
|
[Kedah]
Penduduk pesir pantai Kuala Kedah, Kuala Muda perlu waspada perubahan cuaca
[Copy link]
|
|

Sayani (tiga dari kiri) menyampaikan geran bantuan kepada wakil Persatuan Bomba Sukarela (PBS) di Kedah pada Majlis Penyerahan Geran Bantuan PBS serta Sijil Penarafan Bintang kepada PBS di Dewan Muhammad Adib, Ibu Pejabat JBPM Kedah. - NSTP/ ZULIATY ZULKIFFLI
ALOR SETAR: Penduduk di kawasan pesisir pantai khususnya di Kuala Kedah dan Kuala Muda yang dijangka terkesan dengan fenomena air pasang besar, perlu sentiasa peka dengan perubahan cuaca semasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, berkata ia penting untuk mengelak sebarang risiko, selain memastikan tindakan segera dapat diambil sekiranya keadaan mendesak.
"Berdasarkan jangkaan, paras air laut (ketika fenomena air pasang besar) diramalkan 2.9 meter dan kebiasaannya, air pasang akan naik (melimpah ke daratan) sehingga paras buku lali (kira-kira 0.1 meter) dan paling tinggi sehingga paras lutut atau kira-kira 0.3 meter.
"Namun, jika paras air melebihi tiga meter dan ditambah hujan lebat ketika itu, maka ia berpotensi dilanda banjir.
"Jadi kena berhati-hatilah termasuk bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JBPM Kedah di Jalan Suka Menanti, di sini.
Air pasang besar dijangka melanda Kuala Kedah dan Kuala Muda dengan waktu fenomena itu diramal berlaku bermula jam 1.25 pagi 11 Oktober dan 1.52 pagi pada 12 Oktober itu.
Dalam pada itu, Sayani berkata pihaknya sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan susulan fenomena itu, namun penduduk di sekitar pesisir pantai khususnya kawasan perumahan serta pekan sekitar Kuala Kedah yang kerap dinaiki air pasang besar perlu sentiasa berwaspada.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan secara berkala di kawasan berhampiran pantai yang berisiko berdepan fenomena air pasang terbabit.
"Di Kuala Kedah, pemantauan dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, manakala di Kuala Muda membabitkan anggota BBP Tikam Batu untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya.
Selain itu, Sayani berkata, pihaknya juga dalam keadaan bersiap siapa untuk menghadapi monsun timur laut MTL yang melanda negara sejak awal bulan ini.
Beliau memaklumkan, JBPM Kedah menerima laporan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setiap hari termasuklah jangkaan kadar taburan hujan lebat pada tempoh tertentu.
"Pihak kami sentiasa bersedia daripada segi keanggotaan dan logistik, malah bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi dalam memantapkan persediaan menghadapi monsun timur laut.
"Kita turut memastikan mana-mana jentera bomba yang kurang baik dibaiki segera dalam menghadapi perubahan cuaca sama ada ribut, angin kuat ataupun banjir," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... u-waspada-perubahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|