CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 524|Reply: 0

‘Cukai turun, harga tiket MotoGP juga turun’

[Copy link]
Post time 15-10-2022 01:11 PM | Show all posts |Read mode

SIC bergelut untuk menjual tiket perlumbaan Grand Prix Malaysia yang berlangsung 23 Oktober ini kerana kenaikan harga tiket.



KUALA LUMPUR: Selepas bergelut untuk menjual tiket Grand Prix (GP) Malaysia tahun ini, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) amat berharap cukai hiburan yang dikenakan Kerajaan Ne­geri Se­langor dapat dikurangkan dalam usaha membendung kenaikan harga tiket pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya mengemukakan rayuan agar isu kenaikan harga tiket dapat ditangani dengan baik, sekali gus menggalakkan lebih ramai peminat ke litar.



“Bagaimanapun, pada tahun ini, cukai hiburan telah dikenakan sehingga memaksa SIC menaikkan harga tiket. Kita akan berusaha tahun depan agar harga tiket dapat kita kawal.

“Dalam masa sama, kita juga berdepan cuti hujung minggu yang panjang menjelang GP Malaysia 2022 kerana sambutan Deepa­vali dan ramai yang pulang ke kampung halaman,” katanya ketika menjelaskan isu penjualan tiket perlumbaan musim ini yang perlahan.


AZHAN SHAFRIMAN HANIF

Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan selain faktor ketiadaan pelumba tempatan yang beraksi secara tetap pada Kejuaraan Motosikal Dunia, kelembapan jualan tiket juga mungkin disebabkan cukai hiburan yang dikenakan sehingga memaksa kenaikkan harga tiket.

Menurut Shafriman, setakat ini, jualan tiket GP Malaysia mencapai lebih 50 peratus dan berharap peningkatan terus berlaku sehingga hari perlumbaan pada 23 Oktober nanti.

Jelas beliau, peminat boleh mendapatkan tiket menerusi pembelian atas talian, selain pergi ke gerai jualan tiket yang berlokasi di KLCC dan juga SIC.

Mengulas pula mengenai sasaran, Shafriman tetap optimis ­dengan menyasarkan 170,000 kehadiran penonton menyaksikan GP Malaysia iaitu jumlah sama dicatat ketika kali terakhir negara ini menganjurkan perlumbaan tersebut pada 2019.



KETIADAAN pelumba tempatan bersaing dalam perlumbaan kejuaraan MotoGP dunia membuatkan sambutan terhadap Grand Prix Malaysia sedikit perlahan.

Beliau juga yakin kehadiran empat pelumba tempatan yang beraksi dalam kelas Moto2 dan Moto3 menerusi tiket wild card (jemputan) dapat menarik lebih ramai penonton ke Sepang.

“Saya yakin kehadiran pelumba-pelumba ini mampu menarik peminat ke SIC dan saya juga berharap pada tahun depan, ada pelumba kita dapat bersaing dalam kejuaraan dunia,” ujarnya.

Empat pelumba yang akan beraksi ialah Khairul Idham Pawi, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Azroy Hakeem Annuar untuk kelas Moto2.

Syarifuddin Azman atau Damok pula beraksi dalam kelas Moto3.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -motogp-juga-turun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.179453 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list