CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 1

[LAIN-LAIN] Pencipta BoBoiBoy dedah negara Islam tolak watak Yaya bertudung

[Copy link]
Post time 16-10-2022 07:41 PM | Show all posts |Read mode

Pencipta animasi BoBoiBoy, Mohd. Nizam (gambar dalam bulatan) membuat pendedahan bahawa banyak negara Islam menolak imej bertudung Yaya yang popular dalam siri berkenaan.

Pencipta BoBoiBoy dedah negara Islam tolak watak Yaya bertudung

PETALING JAYA – Pencipta jenama animasi tempatan, BoBoiBoy iaitu Mohd. Nizam Abdul Razak membuat pendedahan mengejutkan watak kartun siri tersebut, Yaya ditolak untuk divisualkan dengan imej bertudung di kebanyakan negara Islam bagi pasaran antarabangsa.

Nizam, 39, berkata, akibatnya, watak Yaya digantikan dengan Hanna (yang tidak bertudung) untuk pasaran antarabangsa demi memenuhi kehendak audiens terutama dari negara majoriti penduduknya Muslim.

“Pada 2010, kami ‘pitch’ BoBoiBoy kepada Disney Channel Asia. Antara isu yang kami risaukan ialah watak Yaya kerana bertudung.

“Apabila kami tanya kepada Laura  (ketua Disney Channel Asia) pada ketika itu, dia memberikan dorongan untuk teruskan visual Yaya bertudung.

“Kami terkejut kerana pada persepsi kami mungkin akan timbul isu hijab tetapi beliau berkata Yaya perlu kekal bertudung kerana itu yang unik tentang animasi dari rantau ini.

“Jadi kami teruskan watak Yaya bertudung. Jika anda rasa itu mengejutkan, ada lagi yang lebih mengejutkan!,” dedahnya menerusi bebenang menerusi Twitter.

Menurut Nizam, apa yang mengejutkan apabila banyak negara yang penduduk majoritinya Muslim meletakkan syarat karakter Yaya agar tidak bertudung.

“Apabila kami mahu memasuki beberapa negara majoritinya Muslim, di situ pula isu tudung menjadi sensitif. Mereka meletakkan syarat untuk Yaya tidak bertudung. Jika anda perasan, ada versi Yaya yang digantikan dengan Hanna yang tidak bertudung.

“Pelik bin ajaib apabila yang bukan Muslim menerima watak Yaya bertudung tetapi negara majoriti Muslim pula tidak menerima watak itu dengan imej muslimah. Pada awalnya, kami ikutkan kehendak mereka tetapi kini kami tidak lagi tunduk kepada permintaan sebegitu,” luahnya.

Sehubungan itu, ujar Nizam, untuk jenama animasi Animonsta Studios berikutnya, pihaknya tidak akan lagi tunduk dengan kehendak bukan-bukan yang membantutkan perihal kepercayaan dan budaya rantau ini.

“Kami sedar jika kita sendiri tidak mengetengahkan kepercayaan dan budaya dari rantau ini, siapa lagi? Kita tidak mungkin menjadi unik dengan cuba menjadi sama seperti yang lain.

“Kini watak Mara dalam Mechamato pula menjadi watak yang digemari peminat terutama dari Jepun dan luar negara. Mara bukan sahaja bertudung tetapi juga berkerusi roda,” ciapnya lagi.

BoBoiBoy merupakan siri animasi televisyen tempatan terbitan Animonsta Studios yang berjaya mencipta fenomena tersendiri di peringkat antarabangsa termasuk Indonesia, Thailand, India, Vietnam dan China. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla tak tunduk . Netflix pun dh masuk mechamato. Tunggu movie pula hjg tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 7126 Replies : 24
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 64087 Replies : 725
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 260382 Replies : 6569
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 76577 Replies : 3169
Dulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12.Tak tolak tambah anak
YgBenarDulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan S
Views : 12566 Replies : 49
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 5687 Replies : 27
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 11558 Replies : 108
Paderi Kristian jual lot tanah di syurga harga USD100,boleh bayar melalui Visa, Master Card, Google Pay, American Express dan Apple Pay,pelan pembayaran ansuran.
YgBenarPaderi Kristian jual lot tanah di syurga
Views : 8313 Replies : 10
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 28082 Replies : 171
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 117599 Replies : 1560

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054951 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list