CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 0

Sekarang bukan masa sesuai tambah hutang tak perlu'

[Copy link]
Post time 17-10-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Sekarang bukan masa sesuai tambah hutang tak perlu'


Orang ramai perlu mengenal pasti aliran tunai bagi mengelak terlebih berbelanja dan terperangkap dalam hutang tidak perlu - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan ekonomi global yang didorong persekitaran kadar faedah yang tinggi, inflasi yang meningkat dan kelemahan ringgit menyebabkan sekarang bukan masa yang sesuai untuk menambah hutang yang tidak perlu, demikian saranan pakar kewangan.

Penasihat kewangan berlesen, Dr Adam Zubir, berkata kini bukan masa yang sesuai untuk membuat hutang 'mahu' dan 'baharu', yang merujuk kepada pinjaman untuk menaik taraf kereta, rumah dan sebagainya, sebaliknya lebih wajar supaya simpanan kecemasan dibina semula.

Sehubungan, beliau yang juga pengasas bersama dan Pengarah Absorich Sdn Bhd menasihatkan hutang sedemikian tidak dibuat sekarang dan tahun depan memandangkan keadaan ekonomi global dijangka berdepan kegawatan.

Malah, katanya orang ramai perlu mengenal pasti aliran tunai masing-masing bagi mengelak terlebih berbelanja dan terperangkap dalam hutang tidak perlu.

"Masa ini adalah (sesuai) membina semula simpanan. Nasihat saya ialah simpanan yang cukup untuk enam bulan sebagai tabung simpanan kecemasan, terutama ketika ini satu dunia (dijangka) mengharungi kegawatan ekonomi.

"Kalau dunia berdepan kegawatan, Malaysia juga akan terkesan walaupun ekonomi Malaysia dilaporkan baik sekarang," katanya kepada BH.


Dr Adam Zubir

Beliau ditemui pada temu bual eksklusif ketika pameran pendidikan pelabur anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), InvestSmart Fest 2022 (ISF 2022) yang berlangsung dari Jumaat lalu hingga semalam.

Adam berkata, simpanan kecemasan untuk tempoh enam bulan mencukupi dalam persekitaran kadar faedah dan inflasi yang tinggi.

Beliau berkata, berdasarkan data, masih ramai rakyat di negara ini tidak mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya RM1,000, justeru mempunyai simpanan kecemasan enam bulan dikira luar biasa dan mencukupi.

"Nasihat saya dalam menguruskan kewangan ialah kenal pasti dulu masalah kewangan. Ramai yang tidak ambil apa-apa inisiatif kerana tidak tahu mereka ada masalah kewangan.

"Mereka ingat adalah biasa (untuk) mempunyai hutang kad kredit RM10,000, RM20,000. Sebenarnya itu luar biasa. Mereka tidak tahu telah berbelanja lebih daripada pendapatan," katanya.

Adam berkata, berdasarkan pemerhatiannya juga, hutang kereta menjadi punca ramai anak muda muflis.

Beliau menjelaskan, keadaan itu berlaku kerana mereka membeli kereta melebihi kemampuan kewangan yang kadang-kadang dipengaruhi gaya hidup dan kawan.

"Hutang kereta punca ramai muflis. Bila salah beli kereta gelap masa depan. Kereta adalah liabiliti.

"Lebih baik beli kereta murah dulu dan kalau hendak naik taraf boleh dilakukan kemudian ketika kedudukan kewangan stabil dan mantap," nasihatnya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... ah-hutang-tak-perlu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056463 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list