View: 1449|Reply: 5
|
Cari Rezeki Menjaga Rumah Hantu Di AEON Kuching, Ustaz Hadiahkan Kereta Supaya Mudahkan Keluarga!
[Copy link]
|
|
[FOTO]: "Tarik Anak-Anak Waktu Hujan, Tak Berselipar” - Ebit Lew Hadiahkan Kereta, Lelaki Menangis Hilang Kata-Kata
Seorang lelaki tidak dapat menahan sebak dan menangis sebaik sahaja menerima hadiah sebuah kereta daripada pendakwah bebas, Ebit Lew.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook rasmi Ebit Lew, dermawan itu menghadiahkan kereta untuk memudahkan lelaki itu menguruskan anak-anaknya.
“Sebak bila tular video seorang ayah di Kuching, Sarawak tarik anak-anak di traffic light waktu hujan tidak berselipar.
“Rupanya brother ni dari UK. Isterinya chinese Sarawak meninggal dunia tahun lepas kerana kanser.
“Gigihnya ayah ni cari rezeki menjaga rumah hantu di aeon kuching. Mendiang isterinya seorang pensyarah.
“Saya hadiahkan kereta supaya mudah untuk keluarga ini. Jauh juga ayah ni tarik anak-anaknya ke sana sini.
“Sekarang agak susah. Duit yang ada digunakan untuk membayar sewa dan makanan. Jadi mereka berjimat untuk benda lain,” jelasnya.
Kongsi Ebit lagi, pada mulanya lelaki itu menolak pemberiannya atas sebab tidak mahu menyusahkan orang lain namun selepas dipujuk barulah dia menerimanya.
“Masa saya jumpa beliau pada mulanya beliau berkeras menolak apa sahaja pemberian. Beliau orang baik.
“Hidupnya cuma kerja dan menjaga anak-anaknya. Tak suka menyusahkan orang. Lama kami berbual dan makan bersama.
“Sedih dengar kisah hidupnya. Ujian yang menimpanya. Lihat kasih sayang ayah dan anak-anaknya. 2 lelaki seorang perempuan.
“Tak berhenti dia kata terima kasih dan muka bersalah menerima pemberian hadiah dan lain-lain. Rezeki anak-anaknya kata saya.
“Kami cuba bantu urusan pasport anak-anak dan ic yang lahir disini dan sekolah mereka. Baik-baik anaknya.
“Masa ke rumahnya anaknya buat tarian singa belajar di youtube katanya. Seharian bersama keluarga ini. Semoga dimudahkan urusan keluarga ini,” coretnya.
Dalam pada itu, ruangan komen dihujani dengan ucapan terima kasih netizen yang bersyukur kerana keperihatinan Ebit yang tidak jemu membantu golongan susah.
“Inilah uztaz Ebit, bukan orang susah datang mencari dia tapi dia mencari orang susah di seluruh pelusuk dunia selagi dia mampu. Subhanallah Allahuakbar alhamdulillah moga dipermudahkan segala urusan ustaz Ebit Lew,” tulis seorang wargamaya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|