CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 0

Razlan teruja kembali ke Sepang

[Copy link]
Post time 20-10-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode

Prinsipal Pasukan WithU Yamaha RNF, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali (tengah) bersama dua pelumba pasukan, Cal Crutchlow (kiri) dan Darryn Binder pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Selepas mengharungi musim sukar setakat ini, prinsipal pasukan MotoGP, WithU Yamaha RNF, Datuk Razlan Razali mengakui teruja apabila dapat kembali ke tanah air menjelang saingan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.

Razlan yang juga pemilik pasukan berkenaan, berkata mereka mengharungi musim pertama yang mencabar pada Kejuaraan Dunia selepas mengambil alih slot Sepang Racing Team (SRT) pada hujung tahun lalu.

"Ia adalah tahun yang sukar sejak kami mengambil penyertaan MotoGP (daripada SRT) tetapi jika ia mudah sudah pasti semua orang akan melakukannya. Kami bermula dengan Andrea Dovizioso dan Darryn Binder sebagai pelumba tetapi malangnya banyak yang terjadi musim ini.

"Kami bermula dengan keputusan yang buruk terutama membabitkan Dovizioso yang mana ia menyebabkan dia hilang semangat dan mengumumkan persaraan di Misano dan kami kemudian membuat keputusan untuk mengambil Cal Crutchlow bagi menggantikan tempatnya.


"Dovizioso bergelut untuk menyesuaikan diri dengan M1 (jentera Yamaha) tetapi jika anda lihat empat pelumba Yamaha tahun ini hanya Fabio Quartararo mampu melakukannya," Razlan ketika sidang media pasukan menjelang saingan GP Malaysia di sini, hari ini.

Razlan yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang pada 2009 hingga 2020, berkata litar berkenaan cukup istimewa buat dirinya.

"Binder yang masuk ke MotoGP daripada saingan Moto3 tahun ini menghasilkan keputusan yang positif dan diharapkan dia mampu meneruskan momentumnya di Malaysia.

"Kembali ke Malaysia kali ini berbeza kerana kali terakhir kami berlumba di sini pada 2019 (dengan SRT) yang mana saya masih Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang.

"Keputusan kami mungkin tidak sebagus ketika itu tetapi ia tetap satu penghormatan dan kelebihan untuk berlumba di hadapan penonton di laman sendiri," katanya.

Crutchlow dan Binder masing-masing berjaya mengutip mata pada perlumbaan di Phillip Island, Ahad lalu apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-13 dan 14.

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia ketika mendahului carta kedudukan pelumba dengan mengumpul 233 mata manakala Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) kedua dengan 219 mata.
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-kembali-ke-sepang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.057260 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list