View: 598|Reply: 0
|
Marc Marquez harap perebutan gelaran juara bukan di Sepang
[Copy link]
|
|
MARQUEZ mengakui lebih gembira jika perebutan juara dunia berakhir di Valencia berbanding ditentukan di Sepang esok. – AFP
SEPANG – Juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez berharap pelumba harapan Yamaha, Fabio Quartararo mampu menggunakan segala kesempatan yang ada di Grand Prix (GP) Malaysia untuk mengheret penentuan gelaran dunia hingga ke pusingan terakhir di Valencia.
Ketika ini, Quartararo turun di Sepang dengan tekanan apabila ketinggalan 14 mata di belakang pelumba Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia.
Justeru, Pecco berpeluang dinobatkan sebagai juara dunia buat kali pertama jika dia berjaya memenangi perlumbaan pada Ahad ini dan Quartararo pula meraih penamat keempat atau lebih rendah.
“Bagi saya ini adalah peluang pertama untuk Pecco meraih gelaran di Malaysia, dia mempunyai peluang besar untuk melakukannya di sini (Sepang).
“Tetapi, ia juga adalah peluang terakhir buat Quartararo. Jadi, dia perlu mengambil apa saja risiko. Sebagai juara dunia, saya yakin dia akan melakukan sesuatu.
“Lihat bagaimana mereka berjuang minggu lalu di Australia terutamanya Quartararo, dia mengambil risiko, tetapi di sini dia perlu mengambil risiko yang lebih besar jika dia mahu memastikan peluangnya di Valencia masih ada,” kata Marquez.
Dalam pada itu, Marquez menegaskan dia enggan terlalu memikirkan soal kecederaan lengannya dan mengakui segalanya berjalan cukup baik.
“Keadaan otot pulih dengan cepat dan saya tiba ke Malaysia dengan baik. Saya akui trek ini adalah antara yang paling sukar.
“Justeru, saya tidak mahu berfikir mengenai lengan lagi, saya akan cuba memberikan 100 peratus pada perlumbaan Ahad nanti,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... ra-bukan-di-sepang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|