CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 536|Reply: 0

Martin sambar petak hadapan GP Malaysia

[Copy link]
Post time 23-10-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode

MARTIN (tengah) bakal memulakan perlumbaan di petak pertama sambil tempat kedua dihuni Bastianini, manakala posisi ketiga diisi oleh Marquez. – AFP



PELUMBA pasukan Pramac Ra­cing, Jorge Martin menampilkan tunggangan mengagumkan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam dengan memastikan petak hadapan menjadi miliknya.

Lebih manis, catatan masa 1 minit 57.790 saat (s) yang dibuat berjaya meleburkan rekod sepusingan terpantas 1:58.303s yang dilakukan pelumba Monster E­nergy Yamaha, Fabio Quartararo pada 2019.

Martin mengakui sangat gembira dengan catatan masa yang dilakukan memandangkan dia sudah mengerah kemampuan ke tahap maksimum selain meng­a­kui hampir terjatuh pada sesi kelayakan tersebut.

“Prestasi saya di Litar Phillip Island minggu lepas sangat baik dan saya lega dapat mengulangi­nya lagi di sini. Saya fikir ramai pelumba lain akan tunjukkan peningkatan hari ini (semalam) dan lakukan yang terbaik.

“Secara jujur, saya sudah kerah jentera ke tahap maksimum dan hampir terjatuh pada sesi kelayakan itu. Saya sangat gembira kerana dapat mencatat masa terpantas selain jentera yang semakin laju,” katanya selepas tamat sesi kelayakan.

Mengiringi Martin di barisan hadapan pada perlumbaan hari ini adalah pelumba Gresini Ra­cing, Enea Bastianini di petak ke­dua diikuti juara dunia lapan kali, Marc Marquez dari Repsol Honda di petak ketiga.

Sementara itu, pendahulu kejuaraan dunia dari Ducati, Fran­cesco Bagnaia gagal menamatkan saingan kelayakan semalam apabila dia terjatuh ketika sesi masih berbaki lebih kurang dua minit.

Bagaimanapun, persaingan kejuaraan dunia antara Bagnaia dan Quartararo dijangka menarik memandangkan Bagnaia akan memulakan perlumbaan hari ini di petak kesembilan, manakala Quartararo di petak ke-12.

Pada perlumbaan hari ini, Bagnaia perlu menamatkan perlumbaan dengan perbezaan 11 mata ke atas Quartararo sekiranya dia mahu memastikan mahkota kejuaraan dunia menjadi miliknya di Sepang.
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... adapan-gp-malaysia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 1.820833 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list