CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3596|Reply: 5

CERITA PENDEK: Pemadam getah pensel

 Close [Copy link]
Post time 12-10-2010 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by LLM at 13-10-2010 10:47

Cikgu Jongos memasuki kelas darjah 3B di Sekolah Rendah Kebangsaan Damansara Jaya.


'Selamat pagi cikgu' murid-murid semua berdiri tegak. 'Selamat pagi semua' balas Cikgu Jongos.


Pada hari ini kita akan belajar menulis karangan. Buka buku karangan awak semua dan sila tulis satu karangan bertajuk 'Haiwan Kesukaan Saya'. Saya beri awak semua masa 20 minit untuk membuatnya. Bermula dari sekarang.'


Cikgu Jongos kemudian menuju ke papan hitam dan menulis tajuk karangan itu.




Ali dan Bakar, dua orang murid-murid yang paling nakal di dalam kelas 3B, berbisik di antara satu sama lain.


'Saya hendakmenulis pasal babi kesayangan sayalah, hahaha!' ujar Ali.





Bakar menjawab 'Saya hendak menulis pasal toyol belaan saya, hahaha!'




'Kamu hendak buat apa selepas habis kelas, Ali?' tanya Bakar




'Mari kita bersantai di belakang tandas sekolah dan memanfaatkan masa kita dengan menghidu gam. Selepas itu kita pergi merokok ya?' Ali memberi cadangan.




'Bagus juga cadangan kamu itu, Ali. Sungguh bernas sekali' jawab Bakar.




Tanpa mereka sedari, Cikgu Jongos mendengar perbualan Ali dan Bakar. Matanya menyala merah membuntang dan telinganya kelihatan seolah-olah berasap. Dia segera menuju ke arah Ali dan Bakar.




'Oh, awak berdua hendak melakukan kesalahan di belakang tandas sekolah ya? Memang awak berdua ketandusan kesedaran sivik dan nilai-nilai ketatasusilaan!' jerkah Cikgu Jongos dengan geram.




Dia pergi ke arah mejanya dan membawa dua biji pemadam getah pensel serta menghempaskan kedua-dua pemadam getah pensel tersebut di atas meja Ali dan Bakar.




'Sekarang ini saya mengkehendaki kamu berdua menghidu dan menghisap pemadam getah pensel ini sampai habis waktu matapelajaran ini. SEKARANG!!!' Cikgu Jongos memberi arahan sambil menyentap-nyentap rotan di tangan kanannya.




Ali dan Bakar tunduk, berasa malu dan terus menikus. Slurp..slurp..slurp..kedengaran bunyi mulut Ali dan Bakar menghisap pemadam getah pensel sepanjang waktu matapelajaran Cikgu Jongos..




TELADAN: Murid-murid dilarang menghisap rokok dan menghidu gam di kawasan sekolah.




TAMAT

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2010 09:21 AM | Show all posts
heheheeee... nak hisap gam sgt... good job cikgu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 08:12 PM | Show all posts
nak sgt isap rokok dgn hidu gam sekali dpt isap dgn hidu pemadam...
dekat2 jer bunyinya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 09:42 PM | Show all posts
kalo la btl2 skrg ada lg chegu mcm tu kan best...


baru bdk2 takut
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 10:05 AM | Show all posts
ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 01:23 PM | Show all posts
Kalo aku jd cikgu Jongos, aku reki bebudak antu tu pegi mana...
Time dia dok lalok stim, aku gi terajang kat halkum diorang, pastu baru tanya..'Korang buat apa hahh?"....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.040330 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list