CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 919|Reply: 0

Dunia ping pong keluarga Hizir

[Copy link]
Post time 31-10-2022 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Dunia ping pong keluarga Hizir [METROTV]



Kuala Lumpur: Suatu ketika dahulu, anak Sidek mencipta fenomena dalam sukan badminton negara dengan pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pemain seperti Misbun, Razif, Jalani, Rahman, Rashid dan Zamaliah sentiasa mengharumkan nama negara dalam pelbagai kejohanan termasuk Piala Thomas, Kejohanan Dunia dan banyak lagi.

Beberapa tahun lagi, tidak mustahil negara akan memiliki prospek bernilai dalam sukan ping pong apabila pemain muda dikenali sebagai anak Hizir mula mengorak langkah dengan prestasi cemerlang dan kini mula mewakili Selangor serta Kuala Lumpur.

Mohammad Hizir Ilias, 41, dan pasangannya, Zuriani Karia, 40, dikurniakan tujuh cahaya mata berusia 5 hingga 15 tahun yang semuanya didedahkan dengan sukan ping pong sejak kecil dan mereka mula melakar kejayaan di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

Anak pertama, Muhammad Haris Danial, 15, dan anak kedua, Mia Sara Dania, 14, yang kini bersekolah di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) berjaya menembusi skuad utama ping pong Wilayah Persekutuan untuk bersaing dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) pada awal September lalu.

Manakala empat lagi anaknya iaitu Muhammad Faris Danial, 13, dan Mia Aleesya Dania, 11, Muhammad Faiz Danial, 10 serta Muhammad Arfan Danial, 8, kini bernaung di Persatuan Ping Pong Kuala Lumpur (KLTTA) dan masing-masing pernah membawa cabaran Selangor di Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2022, awal bulan lalu.


DARI kiri, Muhammad Haris Danial, Mia Sara Dania, Muhammad Faris Danial, Mia Aleesya Dania, Muhammad Faiz Danial, Mohammad Hizir Ilias, Mia Hana Dania, Zuriani Karia dan Muhammad Arfan Danial


Faiz Danial dan Mia Aleesya yang mewakili Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Melawati 2 beraksi cemerlang dalam kejohanan MSSM, baru-baru ini untuk bergelar juara dan naib juara bagi kategori masing-masing.

Selepas ini, kedua-duanya termasuk Arfan Danial dari sekolah sama dan abangnya, Faris Danial dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati akan mewakili Kuala Lumpur untuk Kejohanan Ping Pong Milo Malaysia Hopes ke-33 di Manjung pada Disember ini.

Sebagai langkah untuk terus cemerlang dan serius dalam sukan ini, mereka menyertai latihan di Pusat Pingpong A Power Team, Kepong di bawah kendalian jurulatih Jong Min Shing, Hng Kim Shan dan Lim Yi Song selain dibantu dengan latihan daripada jurulatih Safri Don, Kamarul Zakhrin, Azizulkefly, Fuad, Jack Chew dan Ah Loon.

"Kita tahu ping pong bukan didominasi kaum Melayu, jadi apabila semua anak saya terbabit dalam sukan ini, ia membantu dalam mengembangkan lagi kepada bangsa Melayu.

"Banyak kami dapat maklum balas positif daripada cikgu dan rakan mereka yang sudah mula sertai latihan secara serius.

"Kalau ada minat, memang lagi mudah untuk latih mereka dan kebetulan minat itu datang daripada abangnya menyebabkan yang lain turut ikut.

"Saya akui apabila sudah lama berlatih secara serius dan hantar ke pusat latihan, mereka akan jadi bosan.

"Tapi kami sebagai ibu bapa tetap bantu untuk berikan motivasi kepada mereka," kata Hizir yang kini bekerja sebagai jurutera di Mass Rapid Transit Corporation (MRTC).


MUHAMMAD Faris Danial (kiri) yang juga anak ketiga Hizir. FOTO Ihsan Mohammad Hizir Ilias

Ditanya mengenai pembahagian masa di antara latihan dan pelajaran anak, Hizir berkata, ia suatu perkara yang agak sukar memandangkan jadual harian mereka padat, namun dia dan isteri mempunyai cara tersendiri dalam mengurusnya.

Menurutnya, apabila tiba waktu peperiksaan anak, dia dan isteri akan tekankan kepada mereka untuk fokuskan kepada pelajaran sahaja.

"Selepas itu, barulah fokus kembali kepada ping pong. Kami pun faham, ada masa naik dan turun, tapi kami cuba bantu satu per satu.

"Saya akui jadual mereka setiap hari itu agak padat disebabkan selepas tamat sesi persekolahan ada yang perlu hadir ke sekolah agama pada waktu petang.

"Kemudian, tamat sekolah agama mereka akan terus ke pusat latihan sampai malam dan ulang rutin sama pada keesokannya.

"Kalau ikutkan memang agak susah untuk mereka, tapi Alhamdulillah dari segi akademik tidak ada masalah," katanya.

Hizir turut menjadi jurulatih peribadi anaknya pernah bermain ping pong, namun tidak secara serius dan menjuarai beberapa kejohanan dan kini beliau lebih suka menumpukan kepada usaha mengembangkan bakat permainan anaknya yang dilihat mempunyai potensi lebih besar.

"Saya ada main dulu tapi tak seriuslah...pernah menang sukan antara fakulti UiTM (Universiti Teknologi Mara), johan beregu sukan MRTC (Mass Rapid Transit Corporation) dan naib juara berpasukan sukan KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad). Tapi dah lama tak main dan kini fokus kepada anak saja," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uarga-hizir-metrotv

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.047024 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list