CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Pulau Pinang] Noors Cookies jual bakeri harga patut

[Copy link]
Post time 31-10-2022 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Noors Cookies jual bakeri harga patut



Oleh Siti Nur Mas Erah Amran - Oktober 31, 2022 @ 11:01am   [email protected]




Noriha menghasilkan serta menjual kek dan bakeri dengan harga yang berpatutan di kedainya di Balik Pulau.




Balik Pulau: Genggam bara api biar sampai jadi arang. Itulah prinsip yang dipegang Noriha Husin sepanjang membangunkan perniagaannya, Noors Cookies sejak 12 tahun lalu.

Wanita berusia 57 tahun ini berkata, pelbagai kaedah digunakan bagi merancakkan prestasi perniagaan, malah dia tidak betah duduk diam selain sentiasa memerah idea segar untuk diketengahkan menerusi produk baharu.

"Kek lapan inci berharga RM15 antara produk yang paling mendapat sambutan kerana dengan harga serendah itu, pelanggan berpeluang membeli sebiji kek yang terdiri daripada lima jenis perisa iaitu coklat, pandan, vanilla, beri biru dan oren.

"Selain aneka kek, lebih 26 jenis biskut dan pelbagai jenis kerepek turut dijual di kedai yang beroperasi di Taman Sempurna," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau bersyukur kerana anak sulungnya, Shah Nor Azdzilawaty Shahrani, 37 dan menantu, Muhamad Iswan Ahmad,35, turut sama membantu melancarkan operasi syarikat.

"Azdzilawaty cekap menyiapkan tempahan kek khas atau custom made yang diminta pelanggan manakala suaminya pula menguruskan penyediaan kacang potong iaitu antara produk popular yang sentiasa menerima permintaan tinggi.

"Setakat ini, terdapat lima pekerja yang membantu memastikan tempahan kek dan biskut dapat disiapkan tepat pada masanya.

"Segala promosi produk yang dijalankan akan dimuat naik menerusi media sosial seperti Facebook bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan," katanya.

Tambahnya, label Noors Cookies semakin kukuh selepas beliau berdaftar sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak tahun 2014.

Terima bimbingan AIM
"Sejujurnya, AIM sangat banyak membantu memudahkan urusan saya untuk membuat pusingan modal menerusi pinjaman yang diberikan secara berperingkat.

"Antara cabaran utama dalam menguruskan perniagaan adalah modal, namun AIM terus memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan modal perniagaan supaya perniagaan dapat terus berkembang.

"Terima kasih diucapkan kepada AIM kerana sentiasa memberikan motivasi kepada usahawan untuk terus maju dan cemerlang," katanya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk keluaran Noors Cookies, bolehlah melayari Facebook Noors Cookies atau hubungi 011-18794905.




sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.623448 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list