View: 535|Reply: 0
|
Bagnaia di ambang juara MotoGP
[Copy link]
|
|
BAGNAIA (kanan) bersalaman dengan Quartararo ketika sesi bergambar di Valencia.
Valencia, Sepanyol: Kejohanan MotoGP musim ini yang berakhir esok bakal menyaksikan Francesco Bagnaia dinobatkan juara pertama dari Itali sejak Valentino Rossi melakukannya 13 tahun lalu.
Pelumba Ducati, Bagnaia beraksi di perlumbaan ke-20 dan terakhir musim ini di Valencia dengan kelebihan 20 mata di depan juara tahun lalu, Fabio Quartararo.
Secara teknikalnya, jaguh Perancis itu masih berpeluang bergelar juara jika dia menang esok dan Bagnaia pula gagal mendapatkan dua mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan.
Berakhir di tempat ke-14 sudah cukup buat Bagnaia yang menang tujuh perlumbaan berbanding Quartararo tiga (empat jika menang esok) sekali gus bermakna dia bakal juara jika mereka menamatkan musim dengan jumlah mata sama.
"Saya tiba di Valencia dengan tenang tanpa tekanan," kata Bagnaia yang mengatasi defisit 91 mata ketika separuh musim perlumbaan tahun ini dan jika semuanya berjalan lancar, dia bakal mencipta kebangkitan terhebat dalam sejarah MotoGP.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ambang-juara-motogp |
|
|
|
|
|
|
| |
|