|
Dia cakap gua garang, gua buat muka steady. Gua tahu gua tak macam tu. Gua tahu gua yang dulu dan gua yang sekarang. Gua lebih mengenali diri gua daripada orang lain mengenali diri gua. Sebabnya, gua tak pernah berpisah dengan diri gua sejak lahir, itu fakta paling hebat dalam hidup gua.
Keindahan dia, kebaikan dia adalah benda yang gua terima dengan kesyukuran. Keburukan dia, kekurangan dia adalah benda yang gua cintai hari ke hari.
Gua tak kisah kalau dia nak kentut depan gua, sebab pada gua itu sweet. Gua tak kisah kalau dia sendawa depan gua bila kenyang lepas makan, sebab pada gua itu juga sweet. Kalau 50 tahun lagi pun, semua tu tetap sweet. Serius.
Gua tak marahkan dia, bukan salah dia. Dia cuma tak mengerti. Dia mungkin tak tahu, manusia paling syaitan pun boleh jadi pak lebai. Dia tak tahu. Dia tak tahu singa pun boleh bersahabat baik dengan beruk. Dia tak tahu.
Dia tak tahu gua simpan semua SMS dia dari yang 1st sampai yang terakhir itu hari. Dia tak tahu.
Dia tak tahu cempedak goreng yang 1st gua belikan dia dulu gua cari merata-rata tempat. Dia tak tahu.
Dia tak tahu yang gua tipu bila gua beritahu dia gua beli cempedak goreng tu kebetulan masa gua lalu depan gerai makcik jual cempedak goreng tepi jalan. Dia tak tahu.
Dia tak tahu gua suka bila dia makan choki-choki sama-sama dengan gua dalam kereta. Dia tak tahu.
Dia tak tahu choki-choki 1st yang dia belikan gua, sebulan lebih baru gua habiskan sebab gua sayang nak makan semua. Dia tak tahu.
Dia tak tahu gua tak pernah marah bila dia linglung. Bila gua cakap gua ada kerja nak buat, dia linglung, gua ulang cakap sepuluh kali pun gua tak marah. Dia tak tahu.
Dia tak tahu gula-gula masam yang gua makan sampai berair mata tu sebenarnya gua belikan untuk dia. Dia tak tahu yang gua pura-pura cakap gua beli gula-gula tu untuk gua sendiri bila dia cakap dia tak suka makan gula-gula. Dia tak tahu.
Dia tak tahu hari-hari gua call kejut dia bangun pagi sampai 15 minit baru dia bangun, gua tetap steady. Dia tak tahu.
Dia tak tahu yang gua serius bila gua cakap bila dah jadi atok nenek nanti, setiap hari minggu gua nak bawak dia pusing taman naik basikal. Dia tak tahu.
Dia tak tahu bila dia pening, gua picit kepala dia sambil sedut sakit tu masuk dalam kepala gua. Dia tak tahu.
Dia tak tahu bila dia senggugut, gua call tanya mak gua tips nak hilangkan sakit. Dia tak tahu.
Dia tak tahu bila dia resah, gua pun sama-sama gundah. Dia tak tahu.
Dia tak tahu dia dah banyak buat gua berubah. Dia tak tahu.
Semuanya dah berakhir, dan dia masih tak tahu.
http://www.akulinglung.com
|
|
|
|
|
|
|
|
ni monolog aper ni..
incik king.. kalo setakat nak monolog... bule ke mana2 umah luahan yang sedia ade yek...
dan x bule promote blog kat sini..:re: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|