View: 573|Reply: 0
|
Hakim Danish lakar sejarah di Indonesia
[Copy link]
|
|
HAKIM Danish meraikan kejayaannya. FOTO ZK Racing
Kuala Lumpur: Pelumba negara, Hakim Danish Ramli mencipta sejarah apabila muncul pelumba pertama Malaysia juara keseluruhan Idemitsu Asia Talent Cup (ATC) bagi saingan 2022.
Walaupun hanya menduduki tempat kedua pada perlumbaan kedua hari ini di Litar Antarabangsa Mandalika di Indonesia namun ia sudah cukup buat pelumba berusia 15 tahun itu untuk mengumpul keseluruhan 187 mata.
Dia berjaya mengetepikan Shinya Ezawa dari Jepun yang meraih 177 mata tatkala pencabar terdekatnya itu sekadar meraih tempat ketiga hari ini.
Juara pada saingan yang diadakan bersempena Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) itu menjadi milik pelumba tuan rumah, Veda Ega Pratama yang menduduki tempat ketiga keseluruhan (141 mata).
Dia juga berjaya muncul juara dalam perlumbaan pertama semalam, yang menyaksikan Hakim Danish menduduki tempat ketiga dan Carter Thompson (Australia) melengkapkan podium di kedudukan kedua.
Kejayaan Hakim Danish yang berasal dari Kuala Terengganu itu dibantu dengan kejayaan dia membolot kedua-dua perlumbaan di litar yang sama pada pusingan kedua Mac lalu.
Selepas itu dia berjaya muncul juara di pusingan keempat di Litar Antarabangsa Chang Thailand dalam perlumbaan pertama.
Dia juga meraih kejuaraan dalam perlumbaan kedua di pusingan kelima di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ejarah-di-indonesia |
|
|
|
|
|
|
| |
|