CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRU-15: Lewat tiba lokasi kempen sebab bantu mangsa kemalangan

[Copy link]
Post time 13-11-2022 07:42 PM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Lewat tiba lokasi kempen sebab bantu mangsa kemalangan

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



RICHIE membantu mangsa kemalangan ketika mengadakan pertemuan dengan masyarakat di Pasar Awam Fettes Park, Tanjung Bungah. FOTO IHSAN BN




Georgetown: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Bendera, Richie Huan Xin Yun terpaksa menunda kempen selama satu jam hari ini bagi membantu seorang wanita yang terbabit kemalangan.

Mangsa berusia 20-an yang menunggang motosikal itu dikatakan keluar dari satu simpang di Jalan Fettes di sini, sebelum terbabas selepas melanggar sebuah kenderaan lain.

Richie berkata, ketika itu dia baru sahaja selesai bertemu masyarakat di Pasar Awam Fettes Park, Tanjung Bungah di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Katanya, dia terdengar dentuman kuat dan melihat seorang wanita terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

"Sebenarnya saya terkejut dengan kejadian itu dan terus membantu sehingga terlupa perlu bertemu masyarakat di Padang Tembak yang dijadualkan pada jam 10 pagi.

"Saya hubungi talian kecemasan bagi mengurus mangsa supaya mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Wanita terbabit mengalami cedera di bahagian muka dan sudah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi," katanya ketika ditemui di Padang Tembak di sini, hari ini.

Menurut Richie, bantuan itu adalah kerana prihatin dengan keadaan yang menimpa mangsa dan orang ramai di situ juga turut membantu.

"Sesiapa pun kita jika terlihat kejadian seumpamanya, sudah tentu akan turut sama bantu kerana prihatin.

"Jadi, saya mohon maaf kerana terlewat satu jam kerana membantu mangsa yang perlu dirawat segera," katanya lagi.


Disiarkan pada: November 13, 2022 @ 1:28pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:38 AM GMT+8 , Processed in 1.737540 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list