View: 336|Reply: 0
|
[Kedah]
Tiga lelaki disyaki samun guna pistol mainan ditahan
[Copy link]
|
|
Jitra: Polis hari ini menahan tiga lelaki yang disyaki menyamun juru pam di sebuah stesen minyak di Kodiang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, semua lelaki berusia 22 hingga 27 tahun itu ditahan di sekitar Jitra dan Changlun antara jam 1 hingga 3 petang.
Katanya, polis sebelum itu menerima laporan memaklumkan kejadian pada 4.15 pagi membabitkan mangsa berusia 20-an yang ditolak dan diacukan pistol mainan oleh dua lelaki.
"Suspek kemudian mengambil wang RM2,700 hasil jualan pada malam kejadian sebelum melarikan diri dengan kereta Proton Satria biru," katanya ketika dihubungi hari ini.
Rodzi berkata, pihaknya merampas sebuah kereta, tiga unit telefon bimbit dan pakaian dipakai suspek untuk tindakan lanjut.
"Hasil ujian saringan air kencing terhadap semua suspek mendapati kesemua mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai rekod lampau penyalahgunaan dadah.
"Kita sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dan memiliki senjata api disyaki pistol mainan yang digunakan ketika kejadian itu," katanya yang memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... stol-mainan-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|