View: 352|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Bapa berhenti kerja jaga anak tunggal hidap kanser
[Copy link]
|
|

MUHD Iqbal (kiri), ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, bersama Nur Insyirah (kanan), yang mengidap penyakit barah leukemia Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL). FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
Georgetown: Demi kasih kepada anak tunggal yang bergelut dengan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) Muhd Iqbal Zamani Md Noor, 45, terpaksa berhenti kerja sebagai pengurus pengeluaran di sebuah kilang bagi memberi tumpuan terhadap rawatan anaknya itu.
Muhd Iqbal Zamani berkata, anaknya Nur Insyirah, 15, disahkan mengidap itu pada Mac lalu selepas mengalami gejala demam, ruam dan pendarahan hidung sebelum dirujuk ke Hospital Kangar, Perlis dan Hospital Pulau Pinang (HPP).
Katanya, sejak itu dia terpaksa berulang alik dari Perlis ke Pulau Pinang bagi membawa Nur Insyirah mendapatkan rawatan susulan dan kemoterapi.
"Semua rawatan dan kemoterapi itu berlangsung dengan baik dan keadaan Nur Insyirah juga semakin pulih sehinggalah pada Oktober lalu doktor mengesahkan kanser kembali menyerang.
"Baru sahaja kami menaruh harapan bahawa kesihatannya akan pulih, tetapi barah itu kembali semula, " katanya ketika ditemui di HPP kelmarin.
Muhd Iqbal Zamani berkata, Nur Insyirah dimasukkan ke wad di HPP sejak 8 November lalu bagi menjalani semula rawatan sekali gus dia dan isteri, Nur Sakina Azmee, 25, terpaksa bergilir-gilir menemani anaknya di hospital.
Berikutan tidak bekerja, Muhd Iqbal Zamani hanya bergantung kepada pendapatan isterinya sebagai tukang jahit selain mengambil upah bekerja di kedai makan sekiranya ada masa terluang.
"Pelbagai kerja saya lakukan seperti cuci pinggan di kedai makan, bakar sate dan lain-lain lagi bagi mencari wang untuk kegunaan Nur Insyirah.
"Wang simpanan kami juga hampir habis dan ibu saya turut membantu dengan memberi wang pencen miliknya untuk kegunaan Nur Insyirah.
"Namun kini ibu saya dimasukkan ke Hospital Kangar berikutan penyakit berkaitan buah pinggang yang dihidapi dan isteri saya pula yang menjaganya," katanya.
Muhd Iqbal Zamani berkata, dia bersyukur dan terharu dengan insan di sekelilingnya yang sering menghulur bantuan.
Katanya, ada dalam kalangan rakannya yang menawarkan pekerjaan sebagai pembantu kedai makan pada bila-bila masa sekiranya tidak membawa Nur Insyirah melakukan rawatan.
Nur Insyirah yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan, Kangar sering bertanya mengenai persekolahan yang sudah lama ditinggalkan.
"Dia kini terpaksa menjalani rawatan psikiatri akibat kemurungan dan rasa cemas (anxiety) susulan penyakitnya.
"Memang impian saya untuk kembali bekerja namun pada masa ini bimbang tidak dapat beri perhatian kepada Nur Insyirah," katanya yang mahir dan memiliki sijil dalam pembuatan perabot.
Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Muhamad Iqbal Zamani di talian 017-4461131.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... unggal-hidap-kanser |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|