CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1240|Reply: 8

[Politik] Orang Sarawak tidak malas & suka bekerja' - Premier Sarawak tak umum cuti khas 18 Nov sempena PRU15

[Copy link]
Post time 15-11-2022 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-11-2022 12:40 AM

Pemberian cuti umum khas pada 18 Nov ini bagi menggalakkan rakyat mengundi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak perlu dilaksanakan di Sarawak memandangkan ia bukan perkara yang mendesak dan boleh menjejaskan ekonomi.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata sebagai sebuah kerajaan yang rasional, kerajaan Sarawak perlu mengambil kira kesan ekonomi dan tahap produktiviti di negeri ini sebelum mengambil sebarang langkah untuk melaksanakan cuti umum khas itu.

"Saya fikir tidak wajar ia dilaksanakan kerana apa yang berlaku akan menjejaskan ekonomi, produktiviti kita akan menurun, majikan perlu bayar gaji berganda untuk pekerja.

"Saya pertimbangkan secara rasional kerana saya tahu apa kesannya, memanglah semua orang suka bercuti.

"Jadi mengambil kira semua perkara, saya kena fikir dulu. Lagipun kita mengundi pada 19 November, (kenapa) kita beri cuti 18? Sepatutnya berilah cuti pada 20 November.

"Orang Sarawak tidak malas. Mereka suka bekerja. Kalau orang, Sarawak suka kerja, biarlah mereka bekerja," katanya

Pada 7 Nov, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan cuti umum khas itu dan pada Selasa lepas, Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata cadangan itu akan dipertimbangkan.



Sumber: Bernama, Astro Awani

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya laaah tak malas dan negeri yg harmoni kan.

Atleast bagi la cuti utk cikgu dan budak sekolah. Tp yelaa org rajin tak da hal memalam buta seret2 meja susun kusi bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap je ko takut tokey cina. Terpaling premier. Dah macam bunyi negara komunis
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 07:35 AM | Show all posts
yg jauh ramai x boleh balik pun..tiket mahal ya ampunnn
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 07:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 07:53 AM | Show all posts
aku menyampah dgn org sarawak ni...mereka selalu laungkan Sarawak for Sarawakian tapi kau datang Sabah kacau periuk nasi org sini kenapa???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2022 07:54 AM | Show all posts
pigiii daaa....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:01 AM | Show all posts
huh...ade aku kesah...
kami cutiiii yeayyyyyy!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nk ckp pak mael pemalas kot?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045903 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list