CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sinarfm

Lambang Batery x padam

[Copy link]
Post time 3-11-2010 03:52 PM | Show all posts
start keta,
buka bonnet,
try cabut 1 terminal batery,
kalu mati bermakna, alternator kong(old s ...
AHMADVW Post at 2-11-2010 21:22



    kete lama camni ker.. haku tak tau pong...

kalau kete moden, bila dah start, jalan tanpa bateri pong buleh.. takde masalah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 06:42 PM | Show all posts
Itu altenator lama apa jadi? trade-in?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 07:02 PM | Show all posts
Tq for the 'good' reply, bertambah lagi ilmu kereta saya nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 12:06 PM | Show all posts
Reply 22# Bell

Alternator lama boleh repair lagi.Kata pomen tu ler.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 02:21 AM | Show all posts
TUESDAY, MARCH 27, 2012
Masalah Alternator Kereta

Pertanyaan yang diajukan




encik Cool said...nk tanya!kereta saya kalau tak start 2-3 hari mulalah susah nak start..apa sbbnya ek..hari tu baru cas batery..pun sama juga 2-3 tak start mulalah kena jumper!!

Jawapan kami

Thanks pada encik Cool bertanya.. Sebenarnya rasanya saya bukan orangnya yang sesuai untuk jawab pertanyaan ni… Cuma saya dapat berikan sedikit pandangan berkaitan masalah tersebut..
Kat sini saya rasa ada kemungkinan
1) Masalah Bateri tidak mampu menyimpan voltan lagi
2) Masalah alternator tidak boleh mengecas semula bateri
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Masalah Alternator Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kalau bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. kalau korang tukar bateri baru pun still sama. mesti altenator rosak tak boleh cas bateri..
Bateri
Tugas Bateri hanya sebagai penghidup sementara enjin  semasa kereta bergerak
Alternator
Tugas alternator adalah sebagai electrical energy storage untuk mengecas semula bateri untuk enjin terus bergerak.. Selagi enjin hidup, selagi tu bateri akan di cas.
Alternator ini berfungsi bersama sama dengan bateri untuk menghasilkan eleterik ketika enjin dihidupkan.
-Hasil yang dihasilkan oleh alternator adalah tegangan AC
-Yang kemudian ditukar/diubah menjadi tegangan DC.



OK... Selalunya alternator kita kurang mengambil perhatian terhadap komponen ini selain periksa tension belt sahaja. Kita tidak pasti sama ada alternator kita memberi charge yang mencukupi atau tidak.
Tanda-tanda awal alternator problem
1) Enjin kereta anda sukar dihidupkan
2) Lampu hadapan kereta kelihatan malap
3) Bateri kereta selalu kong
4) Radio akan ter'off' dengan sendirinya
5) Tanda lampu Electrical Fault Light dekat dashboard kereta akan menyala.
6) Kereta macam tak cukup power letrik tersengguk-sengguk (sedikit sentap bila pertukaran gear rendah ke tinggi)



Cara nak periksa alternator tu kong atau masih Ok.
-Hidupkan enjin ..
-Biarkan running dalam 1-2 minit.
-Off kan kesemua radio, aircond, lampu
-Buka hood depan, Cabut kepala bateri
-Kalau enjin masih hidup, alternator ok lagi..
-Kalau dalam beberapa minit selepas cabut enjin kereta tu mati, alternator dah nak rosak lah tu



Multimeter
-Boleh guna multimeter checking pada bateri ..
-Hidupkan enjin kereta
-Setkan multimeter pada voltan arus terus (DC)
-Sambung wayar multimeter pada terminal positif dan negatif bateri kereta (tidak perlu tanggalkan wayar terminal bateri).
-Alternator yang baik mesti menunjukkan sekurang-kurangnya Bacaan yang sepatutnya diperolehi adalah sekitar 13V hingga 14.5V.
-Sekiranya bacaan kurang daripada 12.5V, itu menunjukkan alternator anda menghadapi masalah.  



Volt Meter
-Volt meter ni sesetengah kenderaan ( kereta-kereta lama) memang dah ada pasang meter nih sesetengah kenderaan tak ada...
-Kalau boleh.. Seelok-eloknya pasangkanlah Volt meter
-Pemasangan volt meter adalah satu cara yang paling wajar sebabnya kita boleh pantau selalu volt meter ni.. So dapatlah kita tahu lebih awal sama ada alternator berfungsi dengan baik dan memberi charge yang mencukupi.
-Charge yang normal kalau tak di on switch lampu , wiper dan sebagainya adalah sekitar 13.5 – 14.5 volt.
-Kalau jarum voltage meter yang kurang dari 12 volt atau melebihi 15 volt menandakan bahawa alternator rosak dan perlu di perbaiki
-Kalau jarum Voltage meter terlebih Contohnya kalau overcharge selalunya indicator light bateri takkan menyala.. Kalau sesiapa guna bateri jenis basah, bateri akan terlebih cas dan boleh meletup..



Indicator Light
Kena sentiasa peka tanda lampu penunjuk dekat dashboard kereta...
-Kalau lampu charge warning lamp indicator (gambar bateri) merah menyala tu memang ada problem lah tu...Jika lampu indicator menyala  kita masih ada beberapa kilometer sebelum bateri kehabisan charge.
-Ni yang susah adakalanya charge warning lamp tidak menyala bagi menunjukkan alternator tidak berfungsi. Tau-tau jer kereta mati tengah jalan..

Sila bawa kereta anda ke electrikal woksyop kenderaan yang berhampiran untuk diperiksa.... mungkin  dah tiba masanya untuk servis alternator
Biasanya cuma tukarkan karbon brush ajer ataupun adjust bersihkan sikit karbon brush sikit... alternator anda akan bertugas seperti sediakala ... Alternator yang diselenggara dengan baik boleh mencecah bertahun-tahun malah puluhan tahun tanpa ada masalah...Tapi kalau korang nak tukar baru atau recond. ade mahal sikit harganya...Kalau ambil alternator kedai potong pulak ikut nasib.
***Ada beberapa jenis kategori alternator kalau nak tukar seketul..
1. Alternator Recon Malaysia
2. Alternator Recon Japan
3. Alternator Original
Seharusnya kalau beli alternator ni kita kena tanya warranty berapa lama.. Jangan ambil kalau tak ada jaminan warranty..

Komponen Alternator yang biasanya rosak..
Buka alternator dan hantar pegi kedai yang boleh buat repair service alternator dan stater motor.. nanti dia buka dan cerai-cerai kan alternator tu.. pastu dia cuci  alternator pastu mana-mana part rosak akan digantikan misalnya carbon brush, rectifier diodes atau ic ragulator..
1. Carbon Brush dah haus....
Kalau carbon brush starter tu dah haus...enjin masih boleh hidup, tapi susah sikit... sampai masa...dia takmau hidup terus... Kena jugak tukar carbon brush....Benda ni ada sesetengah kedai je yang sanggup tukar carbon brush kebanyakkannya akan suruh tukar seketul.... kalau kita nak suruh tukar carbon brush pun dia akan cakap harga mahal..sama macam beli recon punya.....



Sebenarnya kalau kita buat sendiri tukar carbon brush je sepasang.murah je....
Kos carbon brush dalam lingkungan RM15 sahaja...kan jimat duit.. Cari kat kedai alatganti kereta atau hardware yang jual mesin.

2. Rectifier Diod dah kaput

Rectifier Diode= Tugasnya untuk menukarkan tenaga elektrik AC ke DC. Gabungan diode lebih dari satu diode yang disambungkan disebut sebagai rectifier.. Diode tu yang convert jadi arus DC.Kadang kala satu diode ni dah kaput dan perlu di tukar ..





Nak tau macamner diode tu kaput boleh periksa mengunakan ohmmeter .. hubungankan pada terminal Positif(+) dengan terminal Positif(+) lain kemudian terminal negatif (-) dengan terminal negatif (-) lain...kena buat satu persatu.. jika tidak terdapat hubungan rectifier maka diode harus di ganti....Diode ni nak kena solder kalau nak tukar...



Selain itu Check ohmmeter pada stator coil dan juga grounding dan juga Check ohmmeter pada rotor coil dan juga grounding sama ada  terdapat hubungan rectifier
3. IC ragulator (Cut-off) sudah rosak.
IC ragulator (intergrated Circuit) = Tugas IC nih tak nak
1- Undercharge - dimana alternator tak mampu nak cas bateri
2- Overcharge - bateri akan di cas berlebihan
dan mengontrol nilai output voltage iaitu 13-14V dia akan maintain voltage yang bersesuaian dengan spesifikasi kereta .



contohnya

"Jika regulator ini tidak berfungsi dengan baik ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang pada satu ketika dan padam, serta menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi di mana fius telah blow atau terputus disebabkan peningkatan arus. Masalah kereta berkaitan sistem elektrik dan elektronik ini perlu troubleshooting yang rumit dan banyak kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan"

kalau IC nih rosak. terus tukar baru.....

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment


http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/03/masalah-alternator-kereta.html
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 12:46 AM | Show all posts
sinarfm posted on 4-11-2010 12:06 PM
Reply 22# Bell

Alternator lama boleh repair lagi.Kata pomen tu ler.


ada lgi satu cara nak check alternator....ko start enjin pas tu biar enjin kereta hidup...ko amik screwdriver yg btg besi tu....pas tu ko letak kat tepi pulley alternator...harus diingat bukan ditengah tapi di tepi.....klau alternator ko ok akan ada rasa magnet.....alternator ko akan tarik screwdriver kearah tepi pulley...klau xde tu mmg alternator ko kong....selamat mencuba   

alternator mmg boleh repair siap boleh service lgi tukar carbon brush tpi klau ic (integrated circuit) dah rosak....standby la duit beli baru, recond or cari halfcut de.....  
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.061307 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list