CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 0

Petanda Verstappen bersara?

[Copy link]
Post time 26-11-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN menerima trofi selepas tamat Grand Prix Abu Dhabi pada 20 November lalu.

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya 'mencapai segalanya' setakat ini.

Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang selepas menjuarai kategori Pemandu setahun selepas dia turut memenangi perlumbaan epik dengan Lewis Hamilton.

Musim F1 tamat di Abu Dhabi minggu lalu tetapi gelaran juara sudah pun dimiliki Verstappen pada Oktober di Jepun.

Dengan Ferrari gagal memberikan cabaran manakala Hamilton bersama jentera Mercedes yang tidak kompetitif, Verstappen meninggalkan pencabar terdekat dengan 146 mata.


Dia turut memenangi 15 daripada 22 perlumbaan musim ini untuk memecahkan rekod F1.

Ayah Verstappen, Jos yakin anak berpuas hati dengan kejayannya dan akan meninggalkan sukan itu tidak lama lagi.

Menurutnya: "Dia menyelesaikan semua tugas sekarang terutamanya apabila anda muncul juara. Kemudiannya tekanan berkurangan dan menjadi kurang menarik.

"Bagi Max, saya fikir adalah bagus dia memecahkan rekod dengan semua kemenangan itu dan itu yang paling penting."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -verstappen-bersara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.600071 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list