View: 329|Reply: 0
|
[Kedah]
Budak maut dihempap longgokan tiang elektrik
[Copy link]
|
|

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang dihempap longgokan tiang elektrik di Kampung Belukar Changlun, Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu petang tadi.
KUBANG PASU: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi tidak sedarkan diri akibat dihempap tiang elektrik yang dilonggokan di tepi jalan di Kampung Belukar Changlun, Bukit Kayu Hitam petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa berusia 11 tahun meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon berkata, dua kanak-kanak lelaki yang juga berusia 11 tahun yang tidak sedarkan diri itu kini menerima rawatan di Hospital Jitra.
“Komander Operasi melaporkan kejadian melibatkan tiga mangsa yang dipercayai bermain berdekatan tiang elektrik itu yang dilonggokan di tepi jalan berkenaan.
“Tiang tersebut dipercayai telah terjatuh dan menghempap mangsa. Semasa anggota tiba di lokasi ketiga-tiga mangsa telah dibawa keluar oleh orang awam dengan menggunakan jengkaut,” katanya di sini, hari ini.
Menurut Saayani, pasukannya membawa seorang mangsa yang cedera ke Hospital Jitra, manakala seorang lagi mangsa dibawa oleh ambulan Kementerian Kesihatan.
“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... kan-tiang-elektrik/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|