CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 566|Reply: 0

Anis buru tiket Olimpik Paris

[Copy link]
Post time 25-12-2022 10:39 AM | Show all posts |Read mode

ANIS Amira Rosidi. FOTO FB Anis Amira Rosidi

Kuala Lumpur: Pelumba basikal trek negara, Anis Amira Rosidi berharap momentum yang dimilikinya ketika memecahkan rekod kebangsaan dalam acara pecut 200 meter awal bulan ini, dapat dikekalkan bagi mengharungi perlumbaan musim 2023.

Anis, 25, berkata, momentum itu sangat penting kerana 2023 akan menjadi tahun yang mencabar memandangkan dirinya akan mengharungi jadual yang padat dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Sudah lama juga memasang impian bagi memecahkan rekod kebangsaan dan akhirnya saya berjaya melakukannya. Pada waktu itu, saya tidak menjangkakannya kerana baru sembuh daripada demam.


"Saya berharap dapat mengekalkan momentum ini apabila mengharungi perlumbaan musim depan. Banyak kejohanan tahun depan dan itu memang sesuatu yang saya perlukan.

"Saya perlu beraksi dalam banyak kejohanan bagi memperbaiki taktikal saya yang mana saya masih lemah dalam perkara itu," katanya.

Untuk rekod atlet kelahiran Perlis itu mencipta sensasi apabila memecahkan rekod milik Fatehah Mustapha 11.108s yang dilakukan ketika Kejohanan Dunia di Perancis pada 2015 dengan mencatatkan rekod baharu kebangsaan iaitu 11.094 saat (s) ketika saingan Piala Presiden PKBM baru baru ini.

Selain itu, pada Ogos lalu, Anis turut memenangi pingat emas acara pecut dan gangsa keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Piala Asia 1 di Thailand.

Dalam pada itu, Anis berkata, kejohanan pertamanya bagi 2023 adalah Piala Negara-Negara di Jakarta, Indonesia dari 23 hingga 26 Februari depan.

"Saya akan fokus untuk melakukan apa yang dimahukan oleh jurulatih. Saya harap dapat mengekalkan catatan masa yang ada sekarang dan kalau boleh cuba untuk melakukan catatan yang lebih baik lagi," ujarnya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tiket-olimpik-paris

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.037804 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list