|
Sasha Abdul Aziz lali kecaman
Sasha Abdul Aziz bersama dua anaknya.
Kuala Lumpur : "Pakai tudung atau tak bertudung, sehingga sekarang saya sering dikecam. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk melihat apa yang berlaku sebagai perkara positif".
Itu kata pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz yang mengakui sudah lali dan kalis kecaman biar apa pun penampilannya.
Sering terpalit kontroversi, Sasha menjadikan komen negatif yang dilemparkan kepadanya sebagai perkara positif. Katanya, ia bagi memastikan kesihatan mentalnya turut terpelihara.
"Di mana-mana pun pasti ada teguran, tetapi saya memilih untuk tidak mengambil terlalu serius kata-kata negatif.
"Mungkin sudah terbiasa, apabila membaca komen sebegitu saya biarkan berlalu saja. Mujur sekiranya saya 'live' di mana-mana medium, ada moderator yang mengawal komen.
"Jika keterlaluan, mereka yang akan menyekat atau mengambil tindakan selanjutnya.
"Bukan apa, saya perlu menjaga kesihatan mental saya terutama jika bersiaran secara langsung. Mungkin ada yang melihat 'live' itu begitu harmoni, namun ia membabitkan banyak pihak," katanya.
Dalam pada itu, Sasha yang juga usahawan itu selamat melahirkan anak keduanya yang diberi nama Ilya Rose pada 20 0gos tahun lalu.
Sasha yang mendirikan rumah tangga sekitar pada 2019 turut dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Isabella Liu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... l-aziz-lali-kecaman
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|