View: 1252|Reply: 2
|
Beza usia 10 tahun, cinta Billie Eilish ditentang
[Copy link]
|
|
PERCINTAAN Billie Eilish dan Jesse Rutherford dihalang peminat kerana perbezaan usia 10 tahun.
Beza usia 10 tahun, cinta Billie Eilish ditentang
HUBUNGAN cinta antara penyanyi Billie Eilish dan juga kekasihnya, Jesse Rutherford diketahui tidak mendapat restu daripada peminat kerana perbezaan usia mereka yang dikatakan terlalu jauh.
Bahkan peminat penyanyi muda berusia 21 tahun itu menyindir Eilish bercinta dengan seorang ‘lelaki tua’ walaupun Rurherford berumur 31 tahun.
Enggan berdiam diri, kakak kepada Eilish, Finneas kemudiannya tampil mempertahankan adiknya apabila memberitahu dia tidak kisah jika penyanyi itu bercinta dengan lelaki yang dikatakan terlalu ‘berusia’.
“Saya tidak kisah. Apa yang penting adik saya bahagia dan gembira. Dia sekarang berusia 21 tahun dan sudah dianggap dewasa untuk menentukan kehidupannya sendiri,” ujar Finneas.
Eilish yang terkenal menerusi lagu Bad Guy diketahui menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis kumpulan The Neighbourhood itu sejak Oktober lalu selepas kedua-duanya dirakam saat makan malam bersama.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... e-eilish-ditentang/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 9-1-2023 08:36 PM
masa mula2 keluar diorg kapel ..masa tu aku baru bangun mamai gitu terbaca kekonon kat twitter headline.. billie eilish ,jesse making out in the neighbourhood.sempat gak carut kat press buat tajuk bodoh mcm acik porem kepam bukak thread.rupanya silap baca.neighbourhood tu nama band si jesse
tapi ok la kot takat 10 yrs age gap.david foster dgn katharine mcphee lagi beza 30 lebih
thn mcm fyna dgn zainal abidin |
|
|
|
|
|
|
|
Peminat omputih pun mcm mkcik bwng jgk ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|