CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1433|Reply: 5

Si genit paling berpengaruh

[Copy link]
Post time 12-1-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode

BABAK tarian ikonikWednesday yang tular satu dunia.

KETIKA ini, pelakon Jenna Ortega adalah selebriti paling berpengaruh di dunia.

Gadis genit ini ternyata menikmati kemuncak kerjayanya yang berlaku sekelip mata sejak penghujung tahun lalu.

Penangan siri Wednesday terbitan Netflix, Ortega atau nama sebenarnya Jenna Marie Ortega, 21, terus digilai puluhan juta manusia.

Namanya berulang kali didendang netizen. Disebabkan drama itu dan khususnya Ortega, ia mencetus impak besar dalam pelbagai lapangan, baik perfileman, fesyen, tarian dan banyak lagi.

Peminat seakan belum puas mengikuti kisahnya.

Paling membanjiri media sosial adalah tarian ikonik Wednesday yang kini ditarikan jutaan orang dengan pelbagai versi tersendiri.

Tarian pelik namun unik itu turut diadaptasi ke bidang profesional seperti sukan luncur ais.

Ortega sendiri tidak menyangka tarian itu akan menjadi tular secara luar biasa. Apapun, dia seronok apabila usahanya bersengkang mata untuk mereka tarian itu sangat berbaloi akhirnya.



JENNA Ortega menikmati puncak kerjaya sekelip mata selepas membintangi siri Wednesday terbitan Netflix.

"Saya masih tidak percaya. Beberapa gerakan tarian itu memang saya rancang dan sebahagian daripadanya dibuat secara spontan. Itu adalah antara babak bikin 'pecah otak'.

"Saya sanggup tidak tidur berfikir mengenainya. Ini kerana saya rasa banyak perkara mampu saya lakukan dan sepatutnya perlu dibuat lebih baik," katanya dalam satu temubual, baru-baru ini.

Perhatian demi perhatian diraihnya masih sulit untuk dihadam Ortega.

Demikian juga tarian ikonik tularnya itu, baginya penghargaan dicurahkan ramai terhadapnya sungguh besar dan masih umpama mimpi.

Apatah lagi dilabel sebagai seorang fenomena, baginya pujian terbabit memang satu gelaran yang terlalu besar.

Dia masih rasa dirinya belum layak untuk dianggap fenomena.

"Saya tidak mungkin memanggil diri saya dengan gelaran itu. Bagaimanapun, saya memang merasakan berlaku perubahan dalam hidup dan rasa ia masih asing untuk diterima. Justeru, saya perlu menyesuaikan diri dengan perubahan terbabit," katanya.


FENOMENA Wednesday bakal diteruskan dalam musim kedua.

Masih remaja dan berada dalam kategori remaja alaf baharu, Ortega bagaimanapun 'menjauhi' media sosial ketika ini. Bukan tolak teknologi, tapi demi ketenangan minda serta jiwanya.

Menurutnya, dia berusaha untuk tidak membelek atau menghindar diri terus daripada membaca tindak balas netizen terhadap Wednesday.

Dia akui baik TikTok sekali pun, bukan tempat terbaik untuk dijengahnya.

"Tak mahu, saya enggan bermain TikTok. Saya memang tak boleh buat apa saja jenis perkara sebegitu di sana. Saya rasa memang ada baik dan buruk, cuma kemungkinan besar bukan tempat 'sihat' untuk dijengah," katanya.



WEDNESDAY bukan sekadar cerita pelik tapi sarat dengan mesej dan teladan penting.

Fenomena Wednesday diteruskan lagi

Tidak perlu membuatkan peminat tertunggu lama, terbaru Netflix mengesahkan bahawa musim baharu Wednesday memang akan ada.

Justeru, kini ramai tidak sabar sebaik pengumuman itu.

Ortega sendiri memang sangat teruja dan lega fenomena drama terbabit dapat disambung lagi.

Katanya, kejayaan drama itu sememangnya hasil kerja-keras dan sokongan pelbagai pihak.

"Terima kasih kepada sesiapa juga yang menjadikan musim akan datang itu kenyataan. Saya masih merasakan semua ini seperti di awang-awangan," katanya ringkas dalam sebuah ciapan di Twitter.

Walaupun belum ada sebarang butiran lanjut dikongsi, namun pastinya pencipta program itu Alfred Gough dan Miles Millar sangat gembira dengan sambutan luar biasa terhadap Wednesday.

"Sangat menakjubkan apabila dapat mencipta sebuah rancangan yang mampu hubungkan setiap orang di seluruh dunia. Kami teruja untuk teruskan perjalanan Wednesday bagi musim kedua.

"Kami tidak sabar untuk terjun lebih dalam dan meneroka sisi gila-gila dan seram di dunia Nevermore. Kami cuma perlu pastikan Wednesday kena keringkan kolam itu terlebih dahulu," kata mereka.

Selepas ditayangkan bermula 22 November lalu, Wednesday menjadi satu daripada program paling berjaya di Netflix.

Ia berada di tangga kedua rancangan TV Inggeris Paling Popular dengan jumlah tontonan 1.3 bilion dalam tempoh 28 hari.

Berkisar sebuah sekolah dinamakan Nevermore Academy untuk golongan terpencil, kehadiran Wednesday ke situ mencetus impak luar biasa. Banyak rahsia mula tersingkap dan menjadikan sekolah itu lebih 'hidup'.

Menariknya, kisah remaja pelik, misteri dan unik itu membawa pelbagai mesej dan teladan. Baik dalam hal kekeluargaan, persahabatan, keyakinan diri, selain aspek teknikal seperti fesyen mengarut namun ada kelasnya jadi pertaruhan.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -paling-berpengaruh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2023 06:14 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 22-1-2023 06:35 PM

Thank you for your post.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 05:31 PM | Show all posts
season 2 wednesday netflix dh keluarkan announcement
can't wait y'all





Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 19-1-2023 05:31 PM
season 2 wednesday netflix dh keluarkan announcement
can't wait y'all

Ai suka gila Wednesday series ni, suka sebab ada positivity dna tauladan dr Wednesday
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 07:26 AM | Show all posts
sarah_ary2 replied at 19-1-2023 11:43 PM
Ai suka gila Wednesday series ni, suka sebab ada positivity dna tauladan dr Wednesday

she's giving a fact
what u really feel inside
sadis but true
take it or leave it
mcm edie totally take it


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dia tak main tiktok
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.560935 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list