CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Kedah] Majikan meninggal dunia selepas dipukul tukang masak

[Copy link]
Post time 5-2-2023 02:58 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR – Seorang pembantu tukang masak gagal mengawal kemarahan lalu bertindak menumbuk dan memukul majikannya sehingga maut di sebuah restoran di Jalan Stadium, di sini semalam.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 68 tahun dipercayai turut diserang menggunakan kayu oleh suspek berusia 55 tahun di belakang kedai makan kira-kira pukul 5.15 petang.

Difahamkan perselisihan faham tercetus bermula antara isteri suspek dan anak mangsa berkaitan bekas peralatan yang sudah dicuci.

“Melihat kepada kejadian itu, mangsa dikatakan keluar dari restoran dan terus memarahi isteri suspek sebelum suspek turut masuk campur.

“Hilang sabar dengan tindakan majikannya itu, suspek kemudian dikatakan menyerang majikannya dengan sebatang kayu,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan pihaknya telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... pukul-tukang-masak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 1.530610 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list