|
PEMILIK dan ketua pasukan RNF, Datuk Razlan Razali. FOTO ARKIB NSTP
Kuala Lumpur: Pasukan MotoGP dari Malaysia, CryptoData Aprilia RNF MotoGP Team teruja untuk kembali ke beraksi di bumi sendiri apabila menguji jentera baharu mereka bersama Aprilia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Pemilik dan ketua pasukan RNF, Datuk Razlan Razali berkata, pasukan itu dan dua pelumbanya tidak sabar untuk menggegar jentera RS-GP di SIC nanti.
"Kami tidak sabar menunggu ujian rasmi pertama untuk 2023 minggu ini di Sepang kerana sudah lama berehat. Kami sedang menjenamakan dan menstruktur semula pasukan untuk musim 2023.
"Jadi, kami tidak berhenti bekerja selepas ujian di Valencia dan sibuk merancang bagi menghadapi musim 2023 dan saya tidak sabar untuk melihat semua ahli pasukan termasuk dua pelumba kami berada Sepang nanti.
"Untuk ujian nanti, kami tidak mempunyai jangkaan khusus, sebaliknya akan memahami lebih lanjut apabila pasukan berkumpul dan melakukan perbincangan teknikal bersama kedua-dua pelumba itu," kata Razlan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-jentera-di-sepang |
|