|
DAMOK kejar gelaran rookie terbaik. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman melaungkan amaran untuk 'meletup' dalam usaha merebut gelaran 'rookie of the year' di Kejuaraan Dunia JuniorGP, musim ini.
Syarifuddin yang dikenali sebagai Damok, dia tetap tekad dengan sasarannya dan bersedia untuk 'langgar' bekas juara kelas JuniorGP musim lalu , Jose Antonio Rueda.
"Saya sudah bersedia untuk merebut gelaran 'rookie of the year' dan saya memang meletak sasaran untuk 'langgar' Rueda.
"Walaupun dia (Rueda) rakan sepasukan saya pada tahun lalu, saya tak peduli siapa dia," kata Damok yang berusia 21 tahun yang mewakili pasukan MT Helmets-MSI bersama rakan sepasukan Diogo Moreira dari Brazil bagi saingan musim ini.
Pada saingan JuniorGP musim lalu, Damok menamatkan saingan di tempat keempat dengan mengumpul 117 mata manakala Rueda muncul juara keseluruhan dengan 238 mata.
Mengulas mengenai rakan sepasukannya Moreira yang menamatkan saingan Moto3 di tempat kelapan pada musim lalu, Damok berkata, dia menganggap pelumba berusia 19 tahun itu sebagai 'lawan' di dalam trek dan rakan ketika di luar perlumbaan.
"Lebih kepada lawan... walaupun rakan sepasukan sebelum ini, namun apabila menyarung topi keledar, saya 'langgar' saja dia," kata Damok yang pernah menyertai saingan Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia sebanyak lima kali atas tiket wildcard bermula di Grand Prix (GP) Aragon pada 2021.
Pada ketika itu, Damok menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 sebelum menyertai empat GP di Portugal, Sepanyol, Catalunya dan Malaysia dengan masing-masing menemui garisan penamat di tempat ke-24, 22, 19 dan 16 pada tahun lalu.
Mengulas mengenai sasarannya pada pusingan pembuka tirai musim 2023 di GP Portugal dari 24 hingga 27 Mac ini, Damok berkata, dia ingin memperoleh catatan masa sepusingan lebih baik berbanding yang dilakukannya tahun lalu.
"Saya nak meraih catatan masa sepusingan yang lebih bagus berbanding tahun lalu. Saya sudah melihat catatan masa sepusingan tahun lalu dan untuk dibandingkan pada tahun ini kemungkinan besar mampu melakukannya.
"Saya lihat perlu untuk saya bekerja keras daripada awal sesi latihan bebas sehinggalah perlumbaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ran-rookie-miliknya |
|