CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 481|Reply: 0

Lando Norris mahu jentera MCL60 lebih stabil

[Copy link]
Post time 20-2-2023 05:14 PM | Show all posts |Read mode

MCL60 menjadi taruhan terbaharu McLaren untuk bersaing pada musim ini. – FB MCLAREN



LONDON – Pelumba McLaren, Lando Norris meletakkan harapan cukup tinggi kepada kemampuan jentera MCL60 agar pasukannya itu menjadi pencabar menjelang pelumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Norris berharap pasukannya itu memberi tumpuan kepada pembangunan jentera terutama kestabilan bagi memudahkannya untuk mengawal jentera terutama di selekoh berbanding me­numpukan aspek kelajuan semata-mata.

Pemandu Britain tersebut mengakui dia terpaksa me­ngubah gaya pemanduannya dengan ketara bagi menyesuaikan diri dengan jentera MCL36 tahun lalu, namun bernasib baik kerana masih mampu kekal mengutip mata untuk berada di kedudukan ketujuh keseluruhan.

“Saya memberi pendapat kepada pasukan agar membina jentera yang lebih stabil kerana saya melalui fasa cukup sukar untuk mengawal jentera MCL36 musim lalu.

“Saya berharap pasukan tidak hanya menumpukan kepada mencari kepantasan saja kerana keseimbangan jentera yang konsisten juga penting.

“Bagaimanapun, saya percaya kami telah mula melangkah ke satu tahap yang baik terutama perkembangan jentera jika dibandingkan musim lalu.

“Jadi, untuk mendapatkan jentera terbaik kami perlu me­lakukan sedikit perubahan yang saya rasa kami bergelut dengannya beberapa musim yang lalu,” katanya.

Norris mengakui masalah pa­ling besar dilalui sepanjang musim lalu adalah mengawal jentera tersebut ketika memecut laju di selekoh.

“Saya percaya jika pasukan dapat memenuhi keperluan, saya yakin mampu lakukan lebih baik berbanding musim lalu.

“Sebelum ini, saya terpaksa mengubah gaya pemanduan saya agar mampu menamatkan saing­an tersebut dengan selamat,” ujarnya.

Musim lalu, Norris berjaya menaiki podium tempat ketiga di Grand Prix (GP) Emilia Romagna dan turut berjaya menamatkan saingan tempat keempat di GP Singapura. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... mcl60-lebih-stabil/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.089977 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list