|
LEWIS HAMILTON
LONDON: Lewis Hamilton menafikan laporan bahawa 2023 akan menjadi musim terakhirnya dalam Formula Satu (F1), sebaliknya menegaskan, dia akan terus memandu buat Mercedes tahun depan.
Juara dunia tujuh kali itu kini berada pada tahun terakhir kontraknya bersama Mercedes.
Spekulasi Hamilton akan meninggalkan F1 kedengaran sejak dia mengharungi musim kontroversi pada 2021 apabila ditewaskan oleh Max Verstappen pada perlumbaan terakhir.
Hamilton kembali ke grid pada 2022, namun Mercedes bergelut dan hilang mahkota pengeluar kepada Red Bull.
Ketika membalas dakwaan bekas pemandu F1 Britain, Jenson Button serta Damon Hill, Hamilton menegaskan dia akan meninggalkan perlumbaan.
“Akhirnya ada orang yang mereka khabar angin tanpa fakta, dan ia tidak membantu.
“Anda pasti menyangkakan mereka (Hill dan Button) mengenali saya ketika ini.
“Saya telah bersama Mercedes sejak berumur 13 tahun, dan tahun lalu kami mengalami musim yang sukar tetapi saya masih di sini.
“Sama ada kami mengalami musim sukar atau tidak tahun ini, saya tetap berada di sini.
“Saya seorang pejuang, dan kami berjuang sebagai satu pasukan.
“Saya suka cabaran mencari penyelesaian dan saya masih percaya saya mampu meletakkan kereta di tempat yang mungkin orang lain tidak mampu.
“Sudah tentu, saya berharap kami memulakan musim dengan kereta yang hebat tetapi ia adalah perjalanan yang sangat penting,” katanya.
Rundingan mengenai kontrak baharu Hamilton diteruskan, dengan pelumba berusia 38 tahun itu yakin persetujuan akan dicapai. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... kan-f1-musim-depan/ |
|