CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5412|Reply: 0

Ajar masakan timur tengah

[Copy link]
Post time 14-3-2023 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Ajar masakan timur tengah


PEMANIS mulut kunafa yang berjaya dihasilkan peserta.

Pemanis mulut dari Timur Tengah, kunafa mungkin tidak asing lagi bagi masyarakat di kawasan bandar.

Namun berbeza bagi masyarakat di luar bandar, terutama kawasan pedalaman apabila nama pemanis mulut itu begitu asing di pendengaran mereka.

Maka, peluang menyertai kelas masakan membuat kunafa kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) diserbu lebih 50 wanita daripada pelbagai peringkat umur di Pusat Komuniti Desa (PKD) Kampung Batu Papan, Gua Musang, Kelantan.

Lebih mengujakan peserta apabila kelas masakan kunafa itu diadakan secara percuma dan mereka berpeluang mencipta rasa kunafa buat kali pertama.

Gabungan rasa rangup, lemak dan manis pasti mengujakan mereka yang kali pertama merasainya dan menarik minat untuk menghasilkannya sendiri di rumah bagi menikmati bersama keluarga.

Peserta Imah Dolah, 56, berkata, kelas masakan membuat kunafa adalah yang pertama kali disertainya.

Malah katanya, sebelum ini dia tidak pernah mengetahui apa itu kuanafa dan jauh sekali untuk merasainya sendiri.


WAJAH ceria peserta selepas berjaya menghasilkan kunafa.

"Apabila diwar-warkan ada kelas membuat pencuci mulut dari Timur Tengah iaitu kunafa, saya sangat teruja kerana pertama kali mendengarnya dan sudah pasti tidak sabar untuk menyertai kelas ini.

"Malah apabila sudah menyertainya barulah tahu apa itu kunafa dan bagaimana rasanya. Sangat mudah untuk membuatnya namun barang asasnya tidak dijual di daerah ini.

"Mengikut apa yang dimaklumkan, bahan asas perlu dibeli dalam talian dan apa yang dipelajari hari ini akan dipraktikkan di rumah selain mungkin boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan," katanya yang juga seorang suri rumah.

Menurut Imah, kelas kunafa yang dianjurkan pihak KEMAS itu bukan pertama kali disertainya, malah hampir setiap kelas masakan kerana diadakan secara percuma.

Manakala Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Parlimen Gua Musang, Rusidah Abdullah pula berkata, beliau memilih untuk membuat kunafa pada kelas masakan itu kerana melihat potensi pemanis mulut itu yang masih jarang dikenali masyarakat.

"Saya membawa resipi ini untuk memperkenalkan pemanis mulut daripada Timur Tengah kerana masih ramai lagi yang belum mengetahui cara pembuatannya.



RUSIDAH (kanan) memilih untuk membuat kunafa pada kelas masakan itu kerana melihat potensi pemanis mulut itu yang masih jarang dikenali masyarakat.

"Di daerah ini bahan-bahan untuk membuat kunafa perlu dibeli secara dalam talian. Namun saya tetap memilih kunafa kerana ia masih baharu dan menjadi trend masa kini," katanya turut menjadi tenaga pengajar.

Sementara itu Penyelia Pendidikan Kemahiran Keluarga Dan Masyarakat KEMAS, Parlimen Gua Musang, Noraini Mohamad Yazid berkata, program berkenaan turut diadakan secara percuma bagi penyuntik semangat golongan wanita menjana pendapatan tambahan.

"Alhamdulillah program hari ini adalah kerjasama daripada KEMAS dan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Gua Musang di mana peruntukan membeli bahan mentah disediakan pihak RISDA, manakala tenaga pengajar didatangkan dari KEMAS.

"Tumpuan diberi dalam bidang masakan kerana golongan wanita dari kawasan luar bandar lebih menyukai masakan berbanding bidang lain.

"Malah kebanyakan daripada mereka turut menjadikan resipi yang dipelajari sebagai sumber pendapatan sampingan.

"Objektif program adalah untuk menambah pendapatan masyarakat luar bandar membantu suami dan keluarga terutama di musim ekonomi semakin naik ini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/202 ... asakan-timur-tengah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.216455 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list