CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1913|Reply: 0

[Johor] Wanita Thailand antara 7 individu lalok dicekup Kastam

[Copy link]
Post time 30-3-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kastam Johor, Misbahudin Parmin (tengah) pada sidang media di Gelang Patah, hari ini. - NSTP/IZZ LAILY HUSSEIN

GELANG PATAH: Seorang wanita warga Thailand antara tujuh individu disyaki khayal dadah ditahan Cawangan Narkotik dan Operasi Darat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor yang menyerbu tiga rumah di Wadihana, Johor Bahru.

Pengarah Kastam Johor, Misbahudin Parmin, berkata serbuan ke tiga unit pangsapuri itu dibuat kira-kira jam 10 malam, 20 Mac lalu, selepas pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah.

"Hasil pemeriksaan di tiga unit kediaman itu menjumpai 5.69 gram methamphetamine dan tiga biji pil Eramin 5. Terdapat tujuh individu, iaitu tiga lelaki tempatan, empat individu warga Thailand termasuk seorang wanita dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengambilan dadah.

"Kita kemudian menahan semua suspek berusia antara 30-an hingga 50-an itu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai di sini, hari ini.


Beliau berkata, semua yang ditahan itu didapati bukan penghuni di pangsapuri berkenaan kecuali seorang suspek yang dipercayai berperanan menguruskan kediaman terbabit, juga dipercayai menjalankan aktiviti rumah urut.

Katanya, semua dadah yang dirampas dipercayai hanya untuk kegunaan sendiri dan dianggarkan bernilai RM614.
https://www.bharian.com.my/berit ... alok-dicekup-kastam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.058219 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list