CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1880|Reply: 0

[Johor] Anak Cerebral Palsy perlu dapatkan bantuan intervensi awal

[Copy link]
Post time 3-4-2023 09:31 AM | Show all posts |Read mode

TUNKU Fatimah (kanan) diberikan penerangan oleh penyelia bengkel, Sarintan Maskam mengenai latihan untuk pelajar ketika meninjau bengkel pusat khidmat PCPJ di sini, hari ini. FOTO ihsan PCPJ

Johor Bahru: Ibu bapa yang dikurniakan anak-anak istimewa, Cerebral Palsy perlu menerima hakikat dan segera mendapatkan bantuan intervensi awal.

Pengerusi Persatuan Cerebral Palsy Johor (PCPJ), Tunku Fatimah Faridah Osman berkata, bantuan intervensi awal boleh diperolehi di Pusat Intervensi PCPJ yang terletak di Jalan Dato Menteri, di sini.

Beliau berkata, pusat intervensi yang ditubuhkan sejak 1967 itu antara pusat khidmat yang menyediakan tenaga pengajar dan latihan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.

Katanya, kini pusat itu mempunyai 73 pelajar dengan 33 kakitangan termasuk tenaga pengajar, ahli terapi, pelatih serta penjaga.

"Biarpun kami berdepan dengan kekangan kewangan, tetapi kami tetap meneruskan pelbagai aktiviti bagi memastikan kanak-kanak Cerebral Palsy ini menerima pendidikan mengikut kurikulum persekolahan, terapi dan latihan.

"Kami masih memerlukan tenaga pengajar bagi menampung keperluan pelajar di pusat ini dan amat mengalukan mereka yang memiliki latar belakang pendidikan khas untuk menyumbang tenaga ke pusat khidmat ini selain kekosongan bagi pembantu di dalam kelas," katanya.

Tunku Fatimah berkata demikian selepas menerima sumbangan wang tunai dan barangan bagi kegunaan sukaneka pelajar daripada Pengerusi Program Sosial Pertubuhan Inspirasi Negaraku Malaysia (Inspirasi Negaraku), Zulfadli Ismail di sini, hari ini.

Tunku Fatimah berkata, pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang boleh menyumbang tenaga selain sumbangan tunai ke pusat khidmat itu yang akan memanfaatkan pelajar bagi jangka masa panjang.

Menurutnya, mana-mana individu, syarikat mahupun NGO yang berhasrat untuk menyumbang tenaga dan barangan serta wang tunai boleh berhubung dengan pusat berkenaan di talian 07-2235452.

Sementara itu, Zulfadli berkata, sumbangan kepada PCPJ itu adalah antara usaha berterusan pihaknya dalam memastikan komuniti yang kurang bernasib baik tidak dipinggirkan ditambah selepas pembukaan ekonomi.

"Kami dianggotai pelbagai individu yang bergiat dalam bidang perniagaan dan sumbangan hari ini adalah hasil kutipan daripada mereka bagi membantu PCPJ.

"Selain itu, kami turut bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dalam mengenalpasti golongan yang memerlukan untuk dibantu," katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uan-intervensi-awal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.273431 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list