View: 253|Reply: 0
|
KBS salur dana RM20 juta kepada SIC
[Copy link]
|
|
HANNAH (tiga dari kanan) berkata dana ini sangat penting kerana ekonomi sudah buka semula. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 juta ringgit kepada Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menaiktaraf infrastruktur berkenaan.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pemberian dana itu dibuat selepas mengambil kira keperluan venue itu untuk di naik taraf bagi menarik minat lebih banyak penganjur dari dalam dan luar negara lebih selepas tidak menerima sebarang peruntukan sejak penularan Covid-19.
"Tahun ini kita dapat dana dari bajet 2023 untuk membantu SIC untuk naik taraf infrastruktur selepas Covid-19. Selepas beberapa tahun tak dapat sumbangan, kali ini dana ini sangat penting kerana ekonomi sudah buka semula dan mereka sudah ada kejohanan antarabangsa April ini.
"Jadi kita akan salurkan RM20 juta bagi tujuan naik taraf infrastruktur di SIC. Saya percaya jika ada infrastruktur lengkap SIC mampu jadi tempat untuk pihak penganjur bukan sahaja tempatan malah luar negara untuk melangsungkan acara di sini.
"Bila ada pihak penganjur acara masuk ia secara tidak langsung akan menaikkan ekonomi dan dia bagi kesan baik kepada negara," katanya ketika ditemui pada Majlis Ihya Ramadan bersama media dan warga SIC di sini, semalam.
Dalam pada itu Hannah berkata, KBS juga akan menyalurkan dana untuk program pembangunan pelumba muda yang dilaksanakan oleh SIC.
"Saya percaya apabila pelumba muda ini mendapat sokongan yang baik, mereka boleh bersaing dengan meraih pencapaian yang cemerlang di pentas antarabangsa sepert yang ditunjukkan Hakim Danish (Ramli).
"Sukan permotoran adalah sukan yang mahal dan kementerian tidak mahu bersendirian dalam hal ini. Jika ia adalah sukan, ia sepatutnya dibangunkan secara bersama," ujarnya.
Selain itu Hannah memberitahu, pihaknya komited memperjuangkan pengurangan cukai hiburan sebanyak 25 peratus ke atas harga tiket Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia, November depan.
Jelasnya, selain acara sukan, pihak kementerian juga menerima banyak permintaan bagi pengecualian mahupun pengurangan cukai hiburan untuk acara berkaitan belia.
"Sudah semestinya (harga tiket MotoGP mahal) jadi kita akan perjuangkan (pengurangan cukai hiburan)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... m20-juta-kepada-sic |
|
|
|
|
|
|
| |
|