CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Kedah] Sedih guru al-Quran diupah RM10 sebulan

[Copy link]
Post time 9-4-2023 10:39 AM | Show all posts |Read mode

ARIFIN Sabirin (tiga dari kiri) dan Mashitah Ibrahim (empat dari kanan) bersama penerima bantuan pada program


KUALA KEDAH: “Sedih kerana guru-guru al-Quran di kampung-kampung ini hanya menerima bayaran RM10 sebulan tetapi itu pun tak dibayar, 80 peratus tidak bayar. Ada yang cuma bagi sekampit gula sahaja.”

Demikian pendedahan Pe­ngerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang terpanggil mengenal pasti dan mengesan golongan itu bagi menyalurkan bantuan.

“Namun mereka terus me­ngajar al-Quran kepada anak-anak kampung kerana ini adalah fardu kifayah. Mereka teruskan walaupun hidup dalam kemiskinan. Jadi adalah tugas YPPM mengenal pasti mereka dan beri bantuan,” katanya selepas program Barokah Ramadan bersama Asnaf anjuran YPPM bersama Wasiyyah Shoppe Berhad di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu di sini semalam.

Pada program berkenaan, seramai 120 asnaf termasuk guru al-Quran dan penggali kubur menerima bantuan kewangan sempena Nuzul Quran.

Jelasnya, YPPM mengalu-alukan syarikat korporat turut serta dalam program seperti itu untuk membela nasib golongan berkenaan.

“YPPM bersama Wassiyah Shoppe Berhad merancang untuk terus membela nasib guru al-Quran ini dan kalau boleh kita nak bagi bayaran bulanan di atas semua kerja buat mereka.

“Kita sebenarnya terlepas pandang namun mereka te­rus berbakti walaupun dapat sekampit gula. Jadi kita berharap lebih banyak syarikat korporat tampil bekerjasama untuk mengadakan program seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Arifin Sabirin berkata, pihaknya berharap bantuan disalurkan dapat membantu golongan terlibat terutama ketika membuat persediaan Aidilfitri ini.

“Ini adalah tahun kedua kita bekerjasama dengan YPPM dan tahun ini kita pilih Kuala Kedah kerana di sini mempunyai jumlah asnaf yang ramai termasuk dalam golongan guru al-Quran,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... iupah-rm10-sebulan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038633 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list