CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pelesit rempit buat pengsan sebelum hilangkan diri

[Copy link]
Post time 9-4-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video penunggang motosikal dipercayai pelesit rempit yang bertindak melarikan diri selepas hilang kawalan lalu merempuh kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Baru, pagi tadi.



GEORGE TOWN – Seorang penunggang motosikal dikatakan sanggup berpura-pura pengsan sebelum menghilangkan diri selepas merempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Baru, di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa bersama sekumpulan pelesit rempit atau lebih dikenali dengan gelaran ‘anak antoo Penang’, mahu memulakan perlumbaan.

Penunggang motosikal yang juga lelaki tempatan itu didapati melarikan diri bersama motosikal dengan bantuan rakan-rakannya yang berada di lokasi kejadian.

Tiga lagi pelesit rempit yang turut terbabas di lokasi sama dilihat terlebih dahulu melarikan diri sejurus merempuh belakang kereta yang sama.

Dalam kejadian itu, salah seorang daripada mereka dilihat terpelanting beberapa meter ke arah sebuah lagi kenderaan yang berada di laluan tengah persimpangan lampu isyarat terbabit.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian pagi tadi mendapati, lebih 200 motosikal berkonvoi pada malam hujung minggu termasuk ada yang tidak serik melakukan aktiviti lumba haram. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... lum-hilangkan-diri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.249650 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list