CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Pulau Pinang] "Bantu kami sudah 12 hari bekalan air terjejas"

[Copy link]
Post time 9-4-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode

Mohamed Nadir Mohd Mydin

Georgetown: Sudah 12 hari berlalu, masalah bekalan air akibat pam bermotor pada tangki air yang rosak di Blok D Fasa II Flat UDA Tanjung Tokong di sini, masih berlarutan sejak 29 Mac lalu.

Malah kebanyakan penduduk meluahkan rasa bimbang sekiranya terpaksa menyambut Aidilfitri tanpa bekalan air di kediaman masing-masing.

Setiausaha Persatuan Penduduk, Mohamed Nadir Mohd Mydin berkata, pada masa ini pam yang diperbaiki itu hanya boleh dibuka sehingga dua jam sebelum ditutup semula kerana dipercayai tidak dapat menampung penggunaannya.

"Apabila pam air itu sudah tidak dapat beroperasi, siren amaran akan berbunyi dan ia dihentikan serta merta bagi mengelak berlaku kerosakan lebih serius.

"Difahamkan UDA sudah maklum secara lisan hendak atasi masalah itu cuma, kami tidak terima sebarang 'hitam putih' mengenainya, jadi kami mohon sekiranya ia dapat disegerakan dan siap sebelum Aidilfitri," katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu, menerusi laporan Harian Metro, seramai 1,200 penduduk di flat berkenaan terjejas bekalan air susulan berlaku kerosakan pada komponen di tangki air.

Bekalan air terpaksa diputuskan sejak jam 1 petang, 29 Mac lalu dan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) terpaksa membuka saluran pili bomba sebagai alternatif bagi kegunaan penduduk.

Lebih malang, penduduk bukan sahaja berulang kali mengangkut air, tetapi terpaksa berebut dan menunggu lama bagi menaiki lif memandangkan satu daripadanya sudah rosak.

Difahamkan komponen pada tangki air berkenaan tidak pernah di selenggara sejak tahun 1988.

Menerusi tinjauan, penduduk mendakwa mereka terpaksa mencuci pakaian di kedai dobi yang terletak kira-kira dua kilometer dari flat berkenaan.

Manakala pada waktu petang ketika sebilangan penduduk pulang dari kerja, ada dalam kalangan penghuninya yang terpaksa mandi di pili bomba berkenaan kerana tidak sempat mengangkut air sepanjang hari berkenaan.

Sementara itu penghuni tingkat 13, Haironisa Sahul Hamid, 64, berkata, dia yang mengidap asma pernah diserang penyakit itu ketika mengangkut air baru-baru ini.

"Pada waktu siang, saya akan mengangkut air sebanyak lima atau enam kali sebelum diambil alih oleh anak yang pulang bekerja pada waktu petang.

"Mujurlah ada wakil Persatuan Penduduk yang sudi bantu mengangkut air kepada warga emas seperti saya.

"Sudahlah kami menyambut Ramadan dalam keadaan tiada air, jadi kami tidak mahu menyambut Aidilfitri tanpa keperluan asas itu pula," katanya.

Penghuni, Katmi Kosnan, 67, berkata, dia dan kebanyakan penghuni flat yang juga warga emas sudah tidak mampu mengangkut air menggunakan baldi sehingga hampir 10 kali sehari memandangkan tiga lagi ahli keluarganya keluar bekerja.

"Hendak masak untuk bersahur dan berbuka pun susah malah kena angkut air ke tingkat 15 pula, memang tidak mampu begini setiap hari.

"Lif hanya ada satu dan setiap hari terkena limpahan air yang diangkut, tak tahu sampai bila ia boleh bertahan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ekalan-air-terjejas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.851841 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list