CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Perlis] 200 asnaf di Perlis terima sumbangan bakul makanan YBR

[Copy link]
Post time 9-4-2023 04:41 PM | Show all posts |Read mode
200 asnaf di Perlis terima sumbangan bakul makanan YBR

Oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN09 April 2023 04:18pm





Syaiful Rizal (kanan) dan Rizal (kiri) ketika menyampaikan bakul makanan kepada asnaf di sekitar Padang Besar pada Jumaat.




PADANG BESAR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyantuni 200 keluarga asnaf dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan menerusi program pemberian bakul makanan di sekitar Perlis baru-baru ini.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, prihatin dengan mereka yang memerlukan, bantuan khas ini diberikan kepada setiap keluarga asnaf serta anak yatim yang telah dikenal pasti melalui Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Padang Besar.

Menurutnya, dengan pemberian bantuan bakul makanan ini diharapkan ia dapat memberi sedikit kelegaan serta membantu dalam dalam menghayati keberkatan,kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadan.

“YBR amat menitikberatkan golongan yang memerlukan bantuan terutama anak yatim, asnaf dan gelandangan yang kurang mendapat perhatian daripada masyarakat luar dan YBR akan sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan lagi bantuan-bantuan lain bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik,”katanya selepas merasmikan program pemberian bakul makanan di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Padang Besar, Rizal Ismail serta Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.



Syaiful Rizal (tengah) dan Rizal (kiri) ketika menyantuni asnaf di sekitar Padang Besar pada Jumaat.





Dalam pada itu, Syaiful Rizal berkata, usaha ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan malahan diharapkan menjadi pemangkin kepada organisasi lain untuk turut sama menyantuni mereka yang tidak bernasib baik dalam mengharungi kehidupan dan ekonomi yang semakin mencabar.

Jelasnya,program pemberian bakul makanan kepada keluarga asnaf sempena bulan Ramadan ini melibatkan peruntukan RM150 kepara setiap keluarga.


Sementara itu Rizal mengucapkan terima kasih kepada pihak YBR kerana turun padang melawat mereka yang kurang bernasib baik.

Beliau juga berharap bantuan yang diagihkan itu dapat memberi sinar keceriaan di bulan Ramadan serta sebagai persiapan dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.

“Saya berharap lebih banyak program- program sebegini dapat diadakan sekaligus dapat merapatkan lagi ukhuwah di antara organisasi luar dengan masyarakat di Padang Besar ini,” katanya.




sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.554351 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list