CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Kedah] SADA hantar lori tangki atasi masalah air di Taman Murni

[Copy link]
Post time 9-4-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode
SADA hantar lori tangki atasi masalah air di Taman Murni

oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA09 April 2023 02:04pm





Tangkap layar laporan Sinar Harian berhubung isu air di Taman Murni, Gurun, Kedah yang didakwa berlarutan sejak bulan lalu.




SUNGAI PETANI - Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengambil tindakan langkah jangka masa pendek bagi mengatasi masalah bekalan di Taman Murni, Gurun yang didakwa berlarutan sejak bulan lalu.

SADA melalui satu kenyataan memaklumkan, melalui langkah jangka masa pendek, pihaknya akan melakukan penghantaran bekalan airmenggunakan lori tangki dengan kekerapan setiap dua hari bagi kegunaan penduduk terjejas.

"Selain itu, langkah jangka masa sederhana pula akan dilakukan melalui pelaksanaan agihan semula bekalan air di sekitar perumahan berkenaan.

"Dalam pada itu, SADA juga melakukan pelan tindakan jangka masa panjang melalui pelaksanaan Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Jeniang Baru Fasa Dua dengan kapasiti 30 juta liter air sehari (MLD) yang kini telah berada dalam fasa akhir untuk penawaran tender,"katanya.

Dalam kenyataan sama, jelasnya, sumber bekalan air terawat ke Taman Murni adalah dari LRA Gurun di mana ianya merupakan loji berstatus headwork iaitu separa rawatan yang mendapat bekalan air mentah dari tadahan Gunung Jerai.

"Pada ketika ini, negeri Kedah dilanda musim kemarau menyebabkan sumber bekalan air dari Gunung Jerai turut terjejas.

"Oleh itu, bekalan air mentah headwork Gurun juga mengalami penyusutan dan turut menjejaskan pengeluaran bekalan air terawat,"katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kira-kira 600 penduduk Taman Murni, Gurun yang berdepan masalah bekalan air sejak bulan lalu mengharapkan agar isu itu dapat diselesaikan sebelum kedatangan Aidilfitri.


Beberapa penduduk juga meluahkan rasa terbeban apabila sering terputus bekalan apabila penghantaran dilakukan secara tidak teratur.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.355607 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list