CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Perlis] Azlan Man didakwa di mahkamah esok

[Copy link]
Post time 9-4-2023 11:11 PM | Show all posts |Read mode
Azlan Man didakwa di mahkamah esok

Oleh Aizat Sharif - April 9, 2023 @ 7:01pm [email protected]




Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. - Foto NSTP




KANGAR: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, esok atas pertuduhan di bawah Akta 18 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM menghantar nota jemputan kepada media untuk membuat liputan membabitkan tuduhan terhadap seorang bekas Menteri Besar.

Mengikut nota itu, bekas Menteri Besar berkenaan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kangar pada jam 8.30 pagi.

Tokoh politik itu pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu dan kemudian tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau didakwa atas tuduhan mengemukakan atau mengesahkan dokumen mengandungi butiran palsu.

Sumber berkata, kes itu sudah didaftarkan untuk pertuduhan di Mahkamah Sesyen 1, Kangar.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.034704 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list