CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Kedah] Terkejut mangsa kemalangan maut rupanya rakan sendiri

[Copy link]
Post time 10-4-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Terkejut mangsa kemalangan maut rupanya rakan sendiri


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



RAZALI Abdul Manaf (dua dari kanan barisan bawah) yang meninggal dunia dalam kemalangan selepas pulang dari kerja, tengah malam tadi. FOTO IHSAN APM




Jitra: "Terkejut juga apabila panggilan yang diterima daripada orang awam malam tadi memaklumkan mangsa kemalangan itu adalah anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berdasarkan pakaian mangsa.

"Memang tak sangka rupanya rakan sendiri iaitu Razali Abdul Manaf, 56, yang bertugas satu syif dengan saya malam tadi," kata Mohamad Akmal Hakim Abdul Razak, 28.

Razali terbabit dalam kemalangan dengan dua kereta di Kilometer 15.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Asun, Jitra, dekat sini, tengah malam tadi dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohamad Akmal yang juga anggota APM Kubang Pasu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 12.55 tengah malam tadi.

Katanya, arwah seorang yang sangat baik dan kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kemboja, Jalan Bukit Kechil selepas pulang bertugas syif malam.

"Kami sempat berbuka puasa bersama malam tadi dan memang nampak perubahan pada arwah kerana sebelum ini dia selalu bawa bekal makanan yang dimasak isterinya tetapi semalam tidak.

"Sebelum nak balik pun dia sempat bergurau, "lepas ni tak boleh nak melawak (bergurau) dah la," sebelum pulang menunggang motosikal dan melambai ke arah kami," katanya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, Razali berkhidmat di APM Kubang Pasu sejak tahun 2017.

"Kami semua kehilangan seorang anggota yang berdedikasi dan rajin," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 12.55 tengah malam membabitkan motosikal Honda Wave yang ditunggangi mangsa dengan kereta Perodua Axia dan Proton Persona.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal dan dua kereta terbabit bergerak dari arah yang sama iaitu dari arah Jitra menghala ke Changlun.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai hilang kawalan dan melanggar motosikal mangsa yang berada di hadapan menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan.

"Berikutan itu, mangsa dilanggar sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun yang ketika itu sedang bergerak dari arah yang sama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Disiarkan pada: April 10, 2023 @ 1:13pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.074743 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list