CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 1

[Pulau Pinang] Lelaki OKU rentung dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 12-4-2023 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki OKU rentung dalam kebakaran


Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 12, 2023 @ 8:03am [email protected]




Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui rentung dalam kebakaran di Jalan Sri Bahari, di sini.- FotoNSTP/Zuhainy Zukliffli




GEORGETOWN: Lelaki dipercayai Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kedai dua tingkat di Jalan Seri Bahari, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa ditemui di atas lantai dalam bilik air tingkat bawah rumah berkenaan.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, Jamil Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.11 pagi sebelum menggerakkan 40 anggota termasuk dari BBP Jalan Perak dan Bagan Jermal.

"Ketika tiba di tempat kejadian, didapati api marak membakar rumah kedai dua tingkat dan maklumat awal diterima, terdapat seorang individu terperangkap di dalam premis itu.

"Anggota berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.43 pagi," katanya di lokasi, hari ini.

Jamil berkata, mayat mangsa kemudian ditemui di bilik air yang terletak di bahagian belakang aras bawah rumah berkenaan.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserah kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi urusan bedah siasat.

"Menerusi maklumat awal daripada orang awam, mangsa dipercayai lelaki OKU namun nama, usia dan butiran lanjut individu itu belum dapat dipastikan," katanya.

Menurut Jamil, pihaknya dimaklumkan oleh pemilik premis bahawa kedai berkenaan tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik.

"Kemungkinan ada sumber lain iaitu penggunaan cahaya persendirian seperti lilin yang dipercayai menjadi punca.

"Premis berkenaan dipercayai digunakan bagi menyimpan barangan lusuh dan kebakaran membabitkan kemusnahan sehingga 70 peratus," katanya.

Ia adalah kejadian ketiga pada minggu ini membabitkan kematian mangsa dalam kebakaran.

Semalam, wanita OKU terlantar, Nuraida Hashim, 43, maut dalam kebakaran di Kampung Alma, Bukit Mertajam manakala seorang kanak-kanak, G Sri Laavanya, tujuh tahun ditemui rentung dalam kebakaran di Jalan Paya Terubong, Kampung Pisang Air Itam, di sini, lewat malam Isnin lalu.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2023 12:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.075161 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list