CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 1

[Perlis] Bekas MB Perlis hadapi 5 pertuduhan ubah wang haram RM1.06 juta

[Copy link]
Post time 12-4-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Bekas MB Perlis hadapi 5 pertuduhan ubah wang haram RM1.06 juta

Oleh Faris Fuad - April 12, 2023 @ 9:32am [email protected]





KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, dihadapkan ke mahkamah untuk kali kedua dalam tempoh tiga hari apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap lima tuduhan pengubahan wang haram RM1.06 juta.

Azlan, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.

"Faham (pertuduhan) dan tidak (bersalah)," katanya.

Mengikut pertuduhan, Azlan menerima hasil aktiviti haram iaitu wang RM208,339.9, RM196,651, RM224,404.4, RM222,811.95 dan RM207,468 daripada Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd, Aidil Travel & Tours Sdn Bhd dan Abdul Rahim Halim yang mewakili syarikat Aidil Travel menerusi wang tunai dan empat cek yang dimasukkan ke akaun Maybank serta CIMB milik tertuduh.





Kesalahan itu dilakukan di Maybank cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, CIMB Bank cawangan Putrajaya, Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana, Presint 2 dan Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, antara antara 19 Februari 2014 dan Disember 2017.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

"Kesalahan dipertuduhkan dalam kategori tidak boleh dijamin dan ada undang-undang yang mengikatnya mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah (APC), namun kita tidak membantah jika hakim melaksanakan kuasa budi bicara melepaskan tertuduh dengan jaminan.

"Saya tak mohon syarat tambahan pasport kerana tertuduh dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar pada Isnin lalu dan memerintahkan pasport disimpan selamat oleh mahkamah berkenaan.

"Tarikh sebutan akan datang pihak-pihak (pendakwaan dan pembelaan) bersetuju pada 9 Jun ini. Saya mohon kes di Kangar dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk sebutan kes dan pada tarikh itu minta dibicarakan di sini," katanya.

Peguam bela Azlan, Burhanudeen Abdul Wahid, tidak membantah cadangan jaminan dibuat pendakwaan.

"Kami sudah berbincang dengan pendakwaan sebelum perbicaraan pagi ini dan bersetuju cadangan jaminan RM50,000.

"Jumlah berkenaan adalah sama seperti jaminan di Mahkamah Sesyen Kangar," katanya.

Hakim kemudian membenarkan jaminan seperti ditawarkan pendakwaan dan menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Kelmarin, Azlan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta dari 2013 hingga 2017 ketika mentadbir Perlis.

Azlan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pada 2013 hingga 2018 dan memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu, sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Perlis dari 2013 ke 2022 itu juga gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan parti, baru-baru ini.




KANGAR 02 MEI 2018. Calon BN DUN Bintong (N06), Datuk Seri Azlan Man pada sidang media di Blackwood Kangar. NSTP/AZHAR RAMLI





sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2023 11:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.036658 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list