CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Kedah] Kedah umum bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid

[Copy link]
Post time 12-4-2023 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Kedah umum bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid


Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 12, 2023 @ 7:06pm [email protected]




Menteru Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Gambar fail NSTP




ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada semua pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata bantuan membabitkan peruntukan sebanyak RM784,800 itu akan dibayar terus ke akaun penerima pada 18 April ini.

"Bantuan ini membabitkan seramai 3,924 penerima yang terdiri daripada 772 pengerusi MKK, 766 setiausaha MKK dan 2,386 pegawai masjid iaitu imam, bilal dan siak akan menerima manfaat bantuan RM200 seorang.

"Walaupun jumlahnya tidak besar, ia sedikit sebanyak diharap dapat membantu penerima untuk melakukan persiapan menyambut Aidilfitri seperti beli daging atau beras pulut nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah akan diadakan di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon, di sini, pada 27 April.

Katanya, rakyat Kedah dijemput hadir ke majlis itu yang akan bermula pada 11 pagi hingga 4 petang.

"Jemputlah datang, bawa keluarga dan sanak saudara. Kita sasarkan 50,000 pengunjung akan hadir, tetapi biasanya lebih dari itu yang datang," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041517 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list